Selepas didakwa terlibat dalam konspirasi untuk menggulingkan kerajaan Turki pada 2016, kehidupan bekas pemain bola sepak lagenda Hakan Sukur kini berputar 360 darjah.

Dia yang sebelum ini pernah menikmati zaman penuh gemilang ketika masih bergelar pemain dilihat telah melakukan pilihan hidup yang salah selepas kini hanya bekerja sebagai pemandu Uber di Amerika Syarikat.

pexels-photo-888899
HYPE
Huawei Kongsi 3 Idea Temu Janji Romantis Serta Hadiah Percutian Ke Maldives
Baca lagi →

Hakan-Sukur

Sukur sebelum ini pernah mewakili negaranya di Piala Dunia pada 2002 dan turut bermain untuk beberapa pasukan ternama di Eropah seperti Inter Milan dan kelab tempatan, Galatsaray.

Bersama pasukan kebangsaan, Sukur berjaya membuat lebih 50 penampilan dan gol yang dijaringkannya ketika menentang Korea Selatan hanya beberapa saat selepas sepak mula di Piala Dunia 2002 akan sentiasa dikenang.

Walaupun masa depannya dalam bidang politik dilihat cerah setelah memenangi kerusi parlimen hampir sepuluh tahun yang lalu, ia kemudiannya menjadi semakin teruk selepas beliau berpihak kepada seteru presiden Recep Tayyip Erdogan.

hakan-sukur–futbolmedyacom_ratio-16×9

Erdogan menuduh Sukur terlibat dalam kudeta yang dipercayai didalangi seterunya Fethullah Gulen pada pertengahan 2016 lalu.

Walaupun Sukur menafikan penglibatannya dalam kejadian yang mengorbankan ratusan nyawa itu, beliau tetap dilarang oleh presiden Erdogan daripada kembali ke Turki.

“Tiada apa lagi yang tinggal pada saya, Erdogan (Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan) ambil semuanya. Hak saya untuk bebas, hak kebebasan bersuara dan hak untuk bekerja,” katanya kepada akhbar Jerman, Welt am Sonntag seperti dipetik Sinar Harian sebelum ini.

Dia yang mengakui kehidupannya porak-peranda selepas kejadian menggulingkan Erdogan itu kemudiannya berpindah ke Amerika Syarikat dan memulakan perniagaan kafe sebelum memutuskan untuk menjadi pemandu Uber.

Walaupun mengakui masih mencintakan negaranya Turki, tiada apa yang kini mampu dilakukan oleh Sukur yang pernah menjadi wira negara dalam pasukan bola sepak mereka selepas memilih untuk bermusuhan dengan presiden negara tersebut, Recip Tayyip Erdogan.

Maka benarlah pesan kedua ibu-bapa kita yang sentiasa menasihati kita supaya bijak dalam memilih kawan. Lihat saja apa yang berlaku kepada Hakan Sukur selepas beliau tersilap memilih kawan dan juga musuh.

Bukan saja diusir dari negara sendiri malah kini hanya menjadi pemandu Uber walaupun memiliki pengalaman yang luas dalam bidang bola sepak.

Baca bagaimana tindakan berani wanita ini membelasah pencuri berjaya menarik perhatian Presiden UFC , Dana White seperti yang kami kongsikan sebelum ini di bawah. 

Wanita Yang Dipecat Kerana Belasah Pencuri Ditawar Kerja Oleh Presiden UFC

Kerana ‘Terlalu Pantas’ Kasut Nike Ini Mungkin Diharamkan Di Olimpik

Real Madrid Cabar Pemain Teka Nama Rakan Sepasukan Dalam Kaligrafi Jawi

Anda Mungkin Suka