Selepas menerima pujian orang ramai dan pihak polis serta menerima seutas jam tangan di atas tindakan beraninya menghentikan peragut sebelum ini, pegawai MBJB Shazrin Hafeez Fadzlan akhirnya menerima penghargaaan daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Beliau yang memegang jawatan sebagai pembantu penguatkuasa baru-baru ini menerima tawaran jawatan sebagai Pembantu Kesihatan Awam secara tetap di majlis perbandaran itu.

IMG_0539 2
HYPE
HUAWEI WATCH FIT Dan FreeLace Pro, Dua Gadget Terbaru Yang Anda Perlu Dapatkan Untuk Melengkapkan Aktiviti Sukan Anda
Baca lagi →
ec69fd0d-0fa9-443d-8e25-6b3782789cca

Shazrin Hafeez Fadzlan ketika menerima anugerah baru-baru ini. Foto: Makmur Johor

Selain jawatan tetap, beliau juga dilaporkan menerima wang tunai berjumlah RM1,000 dan dan sijil penghargaan atas tindakan beraninya sebelum ini.

Penghargaan kepada lelaki yang digelar sebagai hero dalam kalangan netizen selepas video yang merakam tindakannya itu tular disampaikan sendiri oleh YAB Menteri Besar Johor, Datuk Haji Hasni Mohammad sempena lawatan beliau ke pejabat baharu MBJB.

HERO MBJB BERKAS PERAGUT TERIMA PENGHARGAANHamirul Hairi/luqman JOHOR BAHRU – Pembantu Penguatkuasa yang diangkat…

Posted by JohorTimes on Sunday, 6 September 2020

Dalam video tular minggu lalu, beliau dirakam berjaya menghentikan peragut daripada meloloskan diri ketika sedang bertugas di Taman Mount Austin.

Tindakan berani dan pantas yang dilakukan beliau itu menerima pujian daripada orang ramai serta pihak polis dan turut menyaksikan kehidupannya berubah dalam sekelip mata.

Susulan daripada kejadian tersebut, gerai burger yang diusahakannya pada waktu malam di salah sebuah taman perumahan di sana menjadi perhatian orang ramai.

Malah ada juga pelanggannya sebelum ini yang bertindak untuk menghadiahkannya seutas jam tangan sebagai penghargaan kerana menghentikan peragut tersebut.

Baca perkongsian kami sebelum ini tentang hadiah jam tangan yang diterimanya di pautan di bawah.

Hero Tahan Peragut Terima Hadiah Jam Tangan Ketika Sedang Jual Burger

Netizen Puas Hati Lihat Aksi Spontan Pegawai PBT ‘Flying Kick’ Peragut

Anda Mungkin Suka