Susulan tindakannya menahan peragut baru-baru ini, penguat kuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Shazrin Hafeez Fadzlan pada semalam dilaporkan menerima hadiah daripada orang awam.

Menurut laporan Harian Metro, hadiah berupa jam tangan itu diterima beliau ketika sedang berniaga burger di sebuah taman perumahan di Johor Jaya daripada salah seorang pelanggannya.

“Saya terharu dengan pemberian berkenaan. Pelanggan lelaki itu pada mulanya menempah burger.

“Dia kemudiannya menghulurkan jam tangan itu sambil berterima kasih kepada saya kerana membantu mangsa ragut,” katanya dihubungi hari ini.

118621303_3307777175982004_8066441296095973930_o
Shazrin Hafeez ketika menerima jam tangan. Foto: Media Sosial

 

Bercerita lanjut mengenai pemberian hadiah tersebut, beliau menjelaskan tidak menyangka ada yang menghargai tindakannya itu. Malah katanya tindakan menghentikan peragut itu sebelum ini dilakukan kerana rasa tanggungjawab.

Kejadian yang berlaku di Taman Mount Austin itu sebelum ini dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan dikongsikan kembali di media sosial dan dan turut menerima pujian daripada pihak polis.

Beliau sebelum ini ketika ditemu bual selepas kejadian tersebut menjelaskannya tindakan itu dia sedang menjalankan tugas memeriksa petak tempat letak kereta berkupon berdekatan lokasi kejadian.

“Saya tidak fikir sama ada peragut itu berbahaya atau tidak pada waktu itu, yang penting saya dapat tangkap peragut terbabit. Ramai cakap saya bertubuh kecil, tetapi berjaya tangkap peragut.

“Semua itu dengan bantuan orang awam yang berada di sekitar kawasan yang turut membantu bersama menangkap peragut terbabit,” katanya seperti dipetik Harian Metro sebelum ini.

Baca kembali perkongsian kami sebelum ini tentang tindakan pantas beliau menghentikan kejadian ragut itu di pautan di bawah. 

Netizen Puas Hati Lihat Aksi Spontan Pegawai PBT ‘Flying Kick’ Peragut

Netizen Puas Hati Lihat Abang Polis Tahan Pemandu Samseng ‘On The Spot’

Sumber