Kyal Sin atau lebih mesra dengan Angel, gadis dari Myanmar berusia 19 tahun. Semalam dia tewas di medan pertembungan di antara kumpulan yang menuntut keadilan dan puak yang sedang merentap kebebasan. Kini, dunia sedang bercerita tentang kesedihan setelah Angel mati di tembak di kepala.

Rambut panjang, kulit putih. Didadanya ada alat pelindung mata, mungkin diguna sewaktu terkena gas pemedih mata. Kasut warna hitam, seluar jeans biru dan ada mesej kuat kepada masyarakat Myanmar terpampang jelas di bajunya – ‘Everything will be OK’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mesej sederhana tapi menyengat. Semua akan okay bagi Angel adalah harapan terakhir dia kepada Myanmar setelah haknya yang mengundi buat pertama kali di ambil dengan keras oleh pihak tentera sejak 1 Februari yang lalu.

myanmar-burial-Kyal-Sin-17
New York Post

Dan mesej ini bukan sahaja tersebar dari Kampung Ulu sehingga ke puncak Hkakabo Razi, tetapi mesej ini sampai ke seluruh pelusuk dunia. Angel kini dianggap perempuan gagah.

Kematian Angel datang di tengah-tengah krisis politik yang merebak luas selepas demokrasi direntap oleh kumpulan tentera dan kini ia perlahan-lahan bertukar menjadi krisis kemanusian. Namun Myanmar sendiri terkenal sebagai negara yang bergelut dengan ekonomi dan konflik etnik.

Pihak tentera merampas kuasa dan menuduh bahawa wujud penipuan dalam sistem pengundian pada pilihan raya umum bulan November yang lalu. Sejak itu, Suu Kyi dan tokoh-tokoh kanan yang lain ditahan, manakala masyarakat Myanmar memilih untuk turun ke jalan raya bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka kepada tentera.

2021-03-04t072124z_1845807341_rc274m9u9rrd_rtrmadp_3_myanmar-politics-victim
Straits Times

Walaupun ditekan sejak 1 Februari lalu, baik dari rakyat sendiri mahupun antarabangsa, pihak tentera masih bersikap tegas dengan keputusan mereka. Mereka turut memberitahu PBB bahawa mereka bersedia untuk melakukan apa sahaja demi mempertahankan kuasa.

Ini bukanlah petanda yang baik untuk negara yang memburuk dengan krisis kelaparan, kemiskinan dan pengangguran. Sudah pasti ini bukan apa yang Angel dan para pendemostran yang turun di jalan raya mahupun di rumah mahukan. Nasib demokrasi dan pilihan mereka telah di ambil oleh tentera.

Dan setakat ini, sekurang-kurangnya 61 orang terbunuh oleh pasukan keselamatan di seluruh Myanmar. Situasi ini, bagi media tempatan dan antarabangsa adalah hari paling berdarah sejak rampasan kuasa berlaku. Manakala pihak tentera, masih diam tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Bagi Angel, dia percaya bahawa semuanya akan okay walaupun mengambil masa dan memakan banyak darah. Dia percaya bahawa wujud harapan walaupun di tempat yang sempit dan menekan. Anak muda kuat kerana impiannya dan hari ini kita lihat impian Angel sedang merebak di seluruh dunia.

Kenapa masyarakat muslim Rohingya tidak sepatutnya merayakan rampasan kuasa di Myanmar? Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kenapa Masyarakat Muslim Rohingya Tidak Sepatutnya ‘Merayakan’ Rampasan Kuasa Di Myanmar?

Asyik Menari Dengan Lagu ‘Bang Jago’, Wanita Ini Tak Sengaja Rakam Rampasan Kuasa Di Myanmar

Malaysia Bakal Menghantar Pulang 1,200 Tahanan Myanmar Kepada Tentera Laut