Anda pastinya sudah biasa ke acara hartanah konvensional yang berlangsung setiap tahun. Secara dasarnya, di expo berkenaan akan ada pameran dan semestinya perkongsian daripada player hartanah tentang ilmu hartanah di Malaysia. Bagaimana jika kami kata wujud satu persidangan dan acara hartanah berbeza yang jauh lebih fun dan classy tidak lama lagi?

Itulah apa yang mahu dibawakan oleh Hi HOME Property Event 2019 yang akan berlangsung pada 25 Julai 2019 ini.

Hi HOME Property Event 2019 adalah acara hartanah yang dijayakan oleh Hartabumi.com, laman hartanah atas talian terbaik untuk warga Bumiputera. Tujuan utama Hi HOME Property Event 2019 ini diperkenalkan adalah untuk mengubah persepsi orang ramai daripada acara hartanah yang tipikal dan ‘sendu’ kepada sebuah acara yang lebih mudah untuk diakses oleh semua.

Hi HOME Property Event direka khas untuk sesuai dengan tema pemilikan rumah yang dibahagikan kepada 4 cluster khas: Affordability (Berkemampuan), Market & Policy, Data & Technology dan Future (Masa Depan).

4 Clusters Hi Home

Jadi apa perbezaan dan tarikan Hi HOME Event 2019 ini berbanding expo hartanah lain yang berlangsung sebelum ini?

Hi HOME Property Event akan dibahagikan kepada dua acara utama iaitu Hi HOME Property Conference dan Hi HOME Online Property Expo .

1. Hi HOME Property Conference (25 Julai 2019 @ MITEC, Kuala Lumpur)

Hi HOME Property Conference di MITEC, Kuala Lumpur akan mengumpulkan individu hebat dan ternama negara di bawah satu bumbung untuk mereka kongsikan ilmu hartanah dengan penyampaian lebih mudah dan santai yang anda tidak pernah lihat di mana-mana acara hartanah sebelum ini.

Anda biasa menonton Ted Talk di YouTube? Anda suka gaya penyampaian mereka yang simple tetapi padat dengan informasi dan sangat menarik? Itulah yang Hi HOME mahu bawakan kepada anda. Konsep perkongsian di Hi HOME bakal berteraskan Ted Talk di mana setiap speaker akan bercakap soal new idea, solusi dan direct to the point selama 15 minit. Jadi speaker tidak akan ‘melencong’ jauh daripada topik yang akan dibawa dan anda pun tidak akan bosan.

Hi HOME Property Conference akan menampilkan barisan speaker hebat yang diundang khas untuk bercakap tentang hartanah di Malaysia. Antara yang sudah sah akan berucap di persidangan Hi HOME ini adalah Tan Sri Tony Fernandes (Pengasas Tune Group), Dr Suraya Ismail (Khazanah Research Institute), YB Zuraida Kamaruddin (Menteri di Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan) dan Dato Sri Dr. Judin Abdul Karim (Vice Presiden MRCB).

HI HOME

Nama-nama besar di atas hanyalah sebahagian speaker yang sudah mengesahkan kehadiran mereka dan lebih ramai individu yang akan turut sama memeriahkan Hi HOME Property Conference 2019 ini. Untuk senarai penuh speaker yang bakal hadir di persidangan Hi HOME Property Conference boleh rujuk di sini.

Belia di Malaysia pada ketika ini kerap mengeluh hartanah di Malaysia terutamanya di Lembah Klang meningkat naik saban tahun dan merasakan semakin sukar untuk membeli hartanah ketika ini. Khas di Hi HOME Property Conference, satu dasar perumahan khusus untuk belia bakal dikongsikan pada hari ini.

Polisi ini akan dibincangkan sendiri oleh YB Pn Hajah Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaaan Tempatan di Hi HOME Property Conference 2019 nanti.

2. Hi HOME Online Property Expo (25 Julai – 31 October 2019 di www.hihomes.my)

Acara kedua yang turut sama berlangsung pada tarikh 25 Julai ini adalah Online Property Expo di mana segala pameran hartanah akan dijalankan secara online sehingga 31 October 2019. Jika acara hartanah konvensional cuma berlangsung selama beberapa hari sahaja, Hi HOME Online Property Expo tidak seperti itu. Jadi anda ada masa yang panjang untuk berfikir hartanah mana yang terbaik untuk pelaburan anda.

Ini adalah kelebihan utama Hi HOME Online Property Expo yang tidak ada pada acara hartanah konvensional yang lain. Biasanya di sesuatu acara hartanah anda perlu membuat keputusan buy it now untuk sesuatu hartanah atau anda tidak akan mendapat deal tersebut di kemudian hari.

Di Hi HOME, anda mempunyai masa sehingga 31 October untuk membuat keputusan sama ada mahu teruskan belian atau pun tidak. Hi HOME boleh membantu anda untuk membuat pengiraan dan membuat saranan hartanah mana yang terbaik untuk anda berdasarkan maklumat yang telah anda berikan. Terbaik bukan?

Info lanjut berkenaan expo hartanah ini boleh didapati di www.hihomes.my dan seandainya anda berminat untuk ke Hi HOME Property Conference 2019 yang berlangsung pada 25 Julai, tiket untuk ke acara ini boleh didapati di sini.

Khas untuk belia yang berusia 18 tahun hingga 30 tahun. Jika anda berminat untuk menyertai Hi HOME Property Conference, bayaran tiket yang akan dikenakan kepada anda adalah separuh daripada harga tiket rasmi ke persidangan ini. Jadi, anda yang tergolong dalam had umur ini jangan lepas peluang keemasan ini.

Inilah masa terbaik untuk anda melebarkan network hartanah anda dan bertemu the right person dalam industri hartanah negara. Jumpa di sana.