Meja kopi di antara perabot sinonim yang selalu berada di ruang tamu, tidak lengkap rasanya jika ruang tamu tanpa meja kopi bukan? Jika meja kopi sudah mula kelihatan membosankan, apa kata anda cuba berikan sedikit sentuhan yang lebih segar semperna tahun baru ini.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Percaya atau tidak, dekorasi yang dilihat menarik mampu menceriakan mood anda! Sebenarnya memberi tampilan baru pada meja kopi tidak perlu mengeluarkan kos yang besar, hanya beberapa sentuhan ringkas sahaja sudah mencukupi. Di sini saya kongsikan beberapa idea mudah yang boleh anda cuba sebagai penyegar kepada meja kopi anda.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

1. Gunakan tumbuhan hijau
Warna hijau berfungsi sebagai penyegar, anda boleh cuba letakan tanaman hijau di atas meja kopi. Contohnya seperti pokok kaktus, atau jika mahu lebih mudah boleh juga gunakan tumbuhan plastik! Senang dan selamat.

Penggunaan tumbuhan hijau kelihatan lebih segar dan menceriakan. Idea ini selalunya digunakan untuk ruang tamu berkonsepkan moden dan juga minimalis.

2. Gunakan buku
Anda suka membaca dan mengumpul koleksi-koleksi buku yang awesome? Nah, manfaatkan hobi anda. Buku juga boleh digunakan sebagai penghias meja kopi, terutama jika meja kopi anda adalah dari jenis yang berkaca. Cuba letakan koleksi buka anda dibawah, sekejap sahaja terus nampak cantik.

3. Pengalas meja
Yang ini paling mudah, gunakan sahaja pengalas meja. Pengalas meja bukan sahaja melindungi meja kopi anda dari rosak, malah boleh membuatkan ia kelihatan lebih menarik. Kalau meja kopi anda sudah ada pengalas meja, apa kata cuba tukar kepada corak yang lain pula. Lihat perbezaannya.

4. Mini bar
Nak nampak lebih trendy? Boleh cuba buatkan bar mini pada meja kopi anda. Letaklah beberapa botol minuman dan gelas-gelas kecil, sebaiknya cari gelas atau botol dengan rekabentuk yang luar biasa supaya kelihatan unik dan menarik. Bukan sahaja cantik, malah boleh menikmati terus minuman yang tersedia.

5. Pemilihan warna
Ini perkara paling penting sekali sebelum mula menghias. Tentukan warna pilihan anda, baik mahu monokrom atau berwarna. Yang mana anda lebih suka? Kalau saya lebih suka penampilan monorkrom, nampak lebih minimalis dan bersih. Tapi terpulang kepada selera masing-masing.