Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Embraer Lineage 1000E adalah simbol kemewahan yang hanya boleh dibeli pada nilai terbaik. Pesawat peribadi yang berharga USD $53 juta (RM 231 juta) telah diumumkan awal tahun ini di persidangan tahunan European Business Aviation Convention (EBACE) bertempat di Geneva.

Naib Presiden Embraer Executive Jets, Jay Beever telah berhadapan dengan 1001 permintaan bakal-bakal pelanggan yang bercita rasa tinggi. Pelanggan-pelanggan syarikat pesawat ini sudah terbiasa mendapat hampir segala-gala yang mereka mahukan.

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →

"Saya pernah diminta untuk menempatkan pendiang api di kabin utama," Beever berkata. "Jelas sekali ia menimbulkan kebimbangan keselamatan, dan tidak boleh dilakukan."

Architectural Digest (AD) menemuramah Beever tentang proses melengkapkan hiasan dalaman pesawat peribadi paling mewah ini, serta masa depan industri.

pesawat-peribadi-01
AD

Embraer Lineage 1000E menempatkan 800 kaki persegi ruang bersantai dengan sayap. Pasukan Beever menawarkan pelanggan beribu-ribu kombinasi kulit, bulu biri-biri, dan sutera terbaik untuk lima zon dalaman.

"Kami menghabiskan banyak masa menyelidik material dan produk berbeza, supaya apabila pelanggan datang dan membuat permintaan unik, kami sudah siap melakukan kerja keras dan bersedia dengan jawapan," kata Beever.

pesawat-peribadi-02
AD

"Apa yang membuatkan Lineage 1000E berbeza daripada jet persendirian yang lain adalah saiznya yang tepat," kata Beever. Lineage 1000E boleh terbang ke lapangan terbang kecil seperti Aspen, Colorado dan Teterboro, New Jersey, yang menghadkan berat dan lebar sayap pesawat.

"Jet peribadi yang lebih besar tidak boleh terbang ke lapangan terbang kecil ini, dan ini menyebabkan urusan logistik lebih sukar untuk pelanggan. "

pesawat-peribadi-03
AD

Pandangan dalam kokpit juruterbang pesawat Embraer Lineage 1000E.

pesawat-peribadi-04
AD

"Seperti kebiasaan, pesawat mempunyai jumlah ruang yang terhad," kata Beever, "dan ini memaksa kami untuk menjadi lebih kreatif dan mencari jalan untuk menggunakan semua ruang dengan cara terbaik di samping memenuhi kehendak pelanggan."

pesawat-peribadi-05
AD

"Apa yang pelanggan dapat dalam jet peribadi bersaiz sempurna ini adalah kemudahan seperti TV 42 inci yang terletak di atas credenza (almari tepi) yang tidak perlu disimpan semasa berlepas atau mendarat," kata Beever.

"Di seberang televisyen, terdapat tempat duduk pesawat yang boleh dilaraskan untuk menghadap tempat lain. Dengan kemudahan seperti Apple TV, Airplay, Wi-Fi, dan sebagainya, pemilik boleh menaiki pesawat dan mula menonton TV seolah-olah berada di rumah."

pesawat-peribadi-06
AD

Sebuah katil bersaiz queen memisahkan seluruh kabin dengan bilik mandi peribadi. "Kemewahan adalah ruang," kata Beever.

"Tugas saya adalah untuk membuat pelanggan berasa seperti berada di rumah dalam jet peribadi mereka, supaya mereka tidak berasa terperangkap dalam satu silinder kecil selama beberapa jam."

pesawat-peribadi-07
AD

Lineage 1000E dilengkapi dengan pancuran mandian pesawat terbesar di dunia, yang mempunyai 30 gelen tangki air panas sendiri. Bilik mandi dihiasi dinding dan lantai batu.

Tingkap luaran membawa masuk cahaya matahari semulajadi pada ketinggian 41,000 kaki.

pesawat-peribadi-08
AD

Rendering ini menunjukkan visi Beever tentang masa depan hiasan dalaman jet peribadi. "Ia adalah mengenai tingkap untuk mewujudkan lebih banyak ruang yang diterangi oleh cahaya matahari. "

"Daripada menggunakan teknologi untuk mewujudkan sense of space, kita boleh memanfaatkan alam semula jadi dengan membenar lebih banyak cahaya matahari masuk ke dalam kabin kami."

pesawat-peribadi-09
AD

BACA: Kapal Terbang Tanpa Tingkap Bakal Hadir Tidak Lama Lagi?

BACA: Kapal Terbang Presiden China Diiring Oleh 8 Jet Pejuang Dalam Satu Video Yang Cool

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka