Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Sebidang tanah dan sebuah rumah lama peninggalan datuk dan nenek di Jalan Meru, Klang, Selangor ini telah menerima sentuhan anak cucu hanya dengan mengetengahkan kombinasi barangan lama dan baru yang bersaiz kecil dan comel.

home 01

rumah 01

rumah 02

Menurut Faeza, cucu kepada pemilik asal, sebahagian rumah telah diruntuhkan pada tahun 2006 kerana anai-anai dan sebahagian lagi dijadikan galeri perkahwinan dan rumah sewa. Semua baikpulih siap pada tahun 2008 dan dilakukan lagi sekali baikpulih pada tahun 2015 untuk menjadikan bahagian rumah sewa sebagai homestay.

Rumah ini berkeluasan 700 kaki persegi dengan 3 buah bilik tidur, 1.5 bilik air, ruang tamu, ruang makan dan dapur dihias sendiri dengan keinginan untuk menjadikannya selesa dan homey living space dengan konsep tiny living. Sekali pandang, ia seperti suasana di rumah sendiri kerana dipenuhi dengan hiasan yang cantik dan comel.

homestay 01

Ini antara barangan lama dan lebihan kain yang digunakan semula sebagai hiasan dalaman rumah. Kain sari di kepala katil itu diberikan oleh kakak ipar Faeza dan peti besi di sebelah katil itu pula dari koleksi peribadi ibunya yang sudah berusia 15 tahun.

Di bawah ini adalah gambar-gambar yang memaparkan sebelum dan selepas sebahagian dalam rumah ini:

renovate 1

renovate 2

renovate 3

renovate 4

renovate 5

Ini pula bahagian hiasan dalaman rumah yang saya rasa menarik untuk dikongsikan bersama anda.

rumah 13

rumah 16

rumah 27

rumah 21

rumah 26

Barang-barang kecil lama dan baru dikombinasikan oleh Faeza dan keluarga menambahkan lagi seri hiasan dalaman rumah ini.

rumah 03

rumah 23

rumah 19

rumah 30

rumah 11

rumah 32

rumah 28

rumah 15

rumah 17

rumah 22