Pernahkah anda cuba hidangan Kosher yang dihidangkan dalam pesawat MAS atau sewaktu menaiki penerbangan lain? Rasanya tak ramai yang pernah cuba. Tapi mungkin selepas baca perkongsian dan pengalaman Doktor Faizul Jalal yang telah mencuba hidangan ini , anda juga terasa nak cuba.

Menurut doktor perubatan yang telah hampir setahun bertugas di klinik swasta di Labuan ini, beliau memberanikan diri mencuba hidangan Kosher di dalam pesawat MAS sewaktu penerbangan dari Labuan ke KL pada 7 Ogos baru-baru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ikuti perkongsian beliau di bawah.

hidangan-kosyer-dalam-pesawat-11

Ok kali aku nak cerita sikit perkara yang buat aku teruja sikit semalam. Beberapa minggu lepas aku book tiket flight Labuan ke dan dari KL ke Labuan. Labuan ke KL naik AirAsia dan dari KL ke Labuan naik MAS.

Satu perkara yang aku rasa best naik MAS ni ialah kau bayar harga tiket dapat sekali dengan makanan. Bukan setakat tu, kau sebenarnya boleh pilih makanan jenis apa kau nak. Korang tau kan boleh pilih jenis makanan ni?

Sebelum ni biasanya aku akan pilih child meal untuk anak-anak aku. Menarik hidangan child meal ni sebab makanan dia aku rasa lagi sedap dari makanan biasa yang orang dewasa dapat. Boleh dapat pasta bolognese, lasagna atau pizza. Selain dari tu akan dapat cokelat, air susu kotak, bun dan butter and some playbook.

Pernah sekali aku pilih fruit meal sebab kononnya tak nak makan nasi, nak makan ringan je. Hahaha. Dalam tu dapat macam-macam buah potong termasuk strawberry, kiwi, honeydew, grape and pineapple. Best!

Pernah sekali aku order seafood. Tapi dia bagi hidangan biasa sebab hidangan biasa tu pun ada pilihan lauk ikan dan nasi.

hidangan-kosyer-dalam-pesawat-1

This time its like a new level. Makanan yang aku pilih ialah kosher meal. Korang mesti tahu kan kosher meal ni makanan apa? Untuk mereka yang pertama kali dengar, kosher meal ni ialah makanan mengikut agama orang Yahudi. Hahah yes makanan orang Yahudi!

Pertama kali aku dengar tentang kosher meal ni ialah masa zaman belajar di Ireland dulu. Masa tu aku ada belajar, kalau susah nak cari makanan halal semasa travel di negara-negara lain, boleh cuba kosher meal. Kosher meal ni makanan yang disediakan cara sebenar ahli kitab. Kita semua maklumkan, kita boleh makan sembelihan ahli kitab.

Sebenarnya masa naik flight semalam aku dah tak ingat pun pasal kosher meal ni. Cuma bila ada seorang pramugara approach aku bertanya ”En Faizul ke yang order kosher meal?” Dan aku jawab hmmm ya.

Nampak pramugara tu macam terkejut sikit, mungkin sebab baru tau ada Melayu Yahudi rupanya hahaha. Si pramugara minta boarding pass untuk pengesahan, lalu aku beri pada dia.

Harap dia terima keadaan yang mana Melayu Islam yang order makanan kosher tu bukan si Yahudi. “En Faizul nak tengok makanan tu sekarang ke?”, tanya dia. “Oh hantar nanti je la sekali dengan orang lain semua”, jawab aku. Iyala. Buat apa nak tengok-tengok, makan terus je la.

Beberapa minit selepas tu, encik pramugara datang bawak sekotak makanan. Warna biru saiz lebih besar dari kotak makanan yang biasa dapat dalam flight. “Encik tengok la makanan dalam tu”, kata pramugara sambil menunggu.

Aku macam terkejut kejap, dalam hati bertanya nak kena buka depan dia ke? Apa agaknya dalam kotak ni. Gila bahaya makanan aku order ni sampai pramugara tunggu untuk aku buka.

Mula-mula aku belek-belek kotak tu depan belakang atas kiri kanan. Tak ada tulisan Melayu pun, dan aku sepontan bertanya pada encik pramugara, “ni makanan ni buat kat Malaysia kan?”

“Tak encik. Ni makanan datang dari Belgium,” jawab encik pramugara. Wow! Dari Belgium ni makanan aku. Kemudian encik pramugara berkata lagi, “bukak la kotak tu”.

Aku pun bukak kotak tu. Dalam hati aku macam serba salah pulak. Nak makan ke tak nak makan. Dulu bukan main yakin lagi boleh makan kosher meal tapi ni dah depan mata rasa tak yakin pulak.

Aku pun mula bukak kotak tu. Punya la rapi kotak tu ditutup, tampal sticker kiri kanan bawah nak seal betul-betul. Sticker pun tebal ambil masa sikit nak koyakkan. Encik pramugara sedang memerhatikan aku yang tengah jakun bukak kotak kosher meal. Mungkin dia pun teruja nak tahu apa ada di dalam.

hidangan-kosyer-dalam-pesawat-2

hidangan-kosyer-dalam-pesawat-3

hidangan-kosyer-dalam-pesawat-4

Bila dibuka kotak tu, aku sangat amaze dan impress dengan cara packing dia. Terkejut juga sebab makanan tu di sealed berlapis-lapis. Rupanya makanan ni dah disediakan lebih awal. Boleh kata macam frozen food la.

Ada expiry date. Not a freshly cooked food. Ada satu main dish which was a chicken with rice, ada tuna cocktail, ada vanila pudding and snacks. Makanan tu semua masih sejuk. Dalam kotak tu juga ada sekeping description tentang makanan tu.

Punya la terpesona sampai aku tak terfikir pun makanan tu sepatutnya kena dipanaskan dulu, lalu aku bagi thumbs up kat pramugara yg sedang menunggu tu dan berkata “ok thanks ya” . Lalu encik pramugara memberitahu makanan tu perlu dipanaskan dahulu menyebabkan aku berasa malu nampak sangat pelahap tak sabar nak makan.

By the time encik pramugara pergi bawa makanan aku, aku pun keluarkan meja dah tak sabar sangat nak makan. Aku pause kejap movie yang tengah aku tengok tadi supaya tak ganggu konsentrasi aku nak makan nanti.

Tunggu punya tunggu kenapalah lambat sangat makanan nak sampai ni. Susah sangat ke nak panaskan makanan aku ni. Sampai masanya trolley angkat makanan lain pun dah mula hidang penumpang lain.

Aku tunggu je pramugara tu nak bagi makanan aku, dalam hati aku bersangka baik mungkin dia nak suruh aku makan bersama orang-orang lain. Bila sampai trolley dekat barisan seat aku, pramugara bagi tahu “tunggu sekejap ya encik makanan encik kami tengah panaskan ikut cara Yahudi sediakan makanan.”

Fuyoooooooo. Yahudi tuu! Terkejut aku bila dengar dia cakap macam tu. Tengok-tengok juga kat sebelah kot-kot la ada yang bagi pandangan pelik. Tapi mereka buat-buat macam tak dengar. Makanan jenis apakah yang aku akan makan ni sampai perlu ‘dipanaskan dengan cara Yahudi?’

Beberapa minit pramugara hantar makanan Yahudi aku, kotak terbuka, bungkusan semua dah siap dibuka dan panas. Dalam hati masih terasa serba salah pula. Aku mencar-cari di kotak untuk aku rasa lebih yakin untuk makan.

Aku belek kiri atas bawah lagi. Baca segala apa yang boleh dibaca. Dan bila aku tengok dibawah kotak. Ada label halal! Hahahha lega rasanya. Baru terasa macam orang Islam sikit. Kalau tak rasa macam Yahudi tak sudah. Hahahahah check atas kepala ada kupiah kecik ke tak. Hahahah!

hidangan-kosyer-dalam-pesawat-5

hidangan-kosyer-dalam-pesawat-6

hidangan-kosyer-dalam-pesawat-7

hidangan-kosyer-dalam-pesawat-8

hidangan-kosyer-dalam-pesawat-9

Aku buka chicken rice dulu. Agak ketat sikit dah la panas. Aku fikir orang Yahudi ni memang macam ni kot. Seal kena betul untuk pastikan makanan tu betul-betul tahan disimpan. Rasa nasi tu standard macam nasi microwave yang biasa jual kat supermarket dulu.

Ayam lembut mcm masak sup. Cumanya nasi agak masin mungkin sebab nak preserve bagi tahan lama. Tapi dekat kotak tu tulis dorang tak letak preservative sebab ikut betul-betul amalan makanan kosher. Entah la.

Selepas habis nasi aku buka tuna cocktail pula. Rasa agak faul, tak seperti yang aku expect macam makan tuna dalam tin ayam brand tu. Aku cuma mampu 2-3 suap lepas tu tak boleh go on. Kemudian aku cuba vanilla pudding pulak. This is not bad at all. Good dessert. Teksture macam puree Lily (anak aku yang masih baby) tapi aku terima je la. Hahha.

Akhir sekali aku makan buah dia pulak. Ni lagi tak boleh belah. Sebiji macam fruit puree Heinz. Mungkin kalau aku bagi Lily pun dia tanak makan. Aku makan beberapa suap dan tutup.

Aku memang kagum dengan cara penyediaan makanan kosyer ni. Diorang memang ikut cara mereka. Aku rasa diorang pentingkan kebersihan dalam penyediaan makanan. Kita orang Islam kena contohi benda ni. Pada kita halal sekadar sembelih tak sembelih, tapi skop halal lebih luas dari tu.

Jika korang nak cuba this kosher meal onboard, do try! Kena reserve masa buat online booking tu.

Dengan kotak yang besar, makanan yang macam-macam, aku rasa ni hidangan yang berbaloi berbanding hidangan biasa yang kita dapat (cumanya dia tak segar la). This actually reminds me of those days kita dapat hidangan atas dulang, ada dessert, buah dan roti. Tapi sebab MAS nak jimatbajet semua tu dah tak ada.

Dah. Habis lah lepas aku cerita ni mesti korang akan cuba kan? MAS tak terlayan nak panaskan semua makanan tu dalam flight sebab tak cukup oven nanti. Hahaha!

hidangan-kosyer-dalam-pesawat-12

Menerusi satu komen oleh rakan Facebook beliau iaitu Riyaz Ahmad, sebab kenapa pramugara meminta Dr Faizul membuka kotak hidangan kerana antara syarat hidangan Kosher adalah ia mesti dijaga dan disediakan dengan teliti ketika penyediaan dan sewaktu dihidangkan.

“Orang Yahudi arthodoks ini mempunyai rasa curiga yang tinggi. Mereka nak buka meal box dan periksa satu per satu senarai kandungan; check sama ada hidangan mengandungi barangan yangg bukan kosher, contohnya campuran susu dengan daging atau makanan berasaskan daging arnab. Setelah puas-hati, baru paramugara boleh panaskan.

Cara masak pun agak ketat; api hanya boleh dipetik mula oleh orang Yahudi sahaja dan sepanjang tempoh masak, ada seorang orang Yahudi dipanggil rabai yang perlu perhatikan ketika memasak. Tapi dalam flight tak pasti macam mana. Mungkin ada peraturan yang lain seperti perlu asingkan burner/heater oven dengan yang normal.
Memang agak leceh dalam penyediaan kosher meal ini. Sediakan pun susah, nak makan pun susah” – Riyaz.

hidangan-kosyer-dalam-pesawat-13

Saya pun tertanya-tanya juga, bagaimana agaknya peraturan penyediaan hidangan kosher di dalam pesawat? Jika ada di antara anda adalah petugas airline yang ingin berkongsi pengalaman menyedia dan melayan kerenah penumpang hidangan kosher, hubungi kami di sini.

Jadi adakah anda rasa nak cuba pengalaman baru begini bila terbang nanti? Bagi saya mungkin ye terutama jika naik pesawat yang memerlukan kita buat tempahan makanan halal beberapa hari sebelum tarikh penerbangan.

Baca lagi: Ini Yang Terjadi Bila Budak Kampung Seperti Saya Pertama Kali Naik ‘Business Class’ Emirates