Selepas anda menonton filem Joker, anda pasti tertanya-tanya wujud atau tidak ‘penyakit’ Joker di dunia sebenar? Jawapannya adalah ya.

Scott Lotan adalah individu yang menghidap penyakit yang sama seperti Arthur Fleck; kadangkala beliau tidak mampu untuk mengawal gelaknya dalam kehidupan seharian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Scott berasal dari Virginia Beach, Amerika Syarikat menghidapi penyakit yang dikenali sebagai Pseudobulbar Affect (PBA) di mana beliau akan ketawa tanpa henti sehingga 10 minit.

Menurut Scott, penyakit ini bukan sahaja memenatkan dan menyakitkan, malah akan menyebabkan ‘masalah’ jika penyakitnya datang tanpa diundang.

“Kejadian paling tidak dapat saya lupakan adalah ketika saya, tunang dan ibu tunang saya dilanggar oleh seorang pemandu mabuk. Tunang saya mati di tempat kejadian dan ibunya pula 3 hari kemudian. Pada ketika itu, saya ketawa besar ketika disoal siasat oleh polis,” kata Scott.

“Ketika di majlis pengebumian, saya perlu menjauhkan diri daripada semua orang kerana saya ketawa beberapa kali ketika di majlis itu. Saya perlu menerangkan kepada semua tentang kondisi saya ini. Jika tidak, mereka akan lihat saya sebagai seorang yang pelik dan tidak mempunyai perasaan,” tambah Scott lagi.

Selepas Joker ditayangkan di pawagam, Lotan ibarat melihat dirinya sendiri dalam filem tersebut. “Ianya sedikit sebanyak membuka mata semua tentang penyakit saya ini. Jika tidak, orang sering anggap saya mengambil dadah atau gila. Saya memuji Joaquin Pheonix yang berjaya membawa watak Arthur Fleck dan pesakit PBA dengan baik,” kata Scott.

Scott turut terharu apabila ramai yang mula menghantar mesej simpati kepada beliau selepas menonton filem Joker. Tetapi baginya, selepas lama menghidap penyakit tersebut Scott menerima setiap mesej berkenaan dengan hati terbuka. Baginya, ada lagi perkara yang lebih buruk boleh terjadi berbanding apa yang beliau hidapi ketika ini.

Selain daripada penyakit PBA, isu kesihatan mental juga turut menjadi isu yang dibangkitkan oleh pengarah dalam filem Joker. Doktor ini berkongsi perkara yang perlu anda buat sekiranya berdepan dengan tekanan. Semoga tip ini dapat membantu.

Doktor Kongsi Perkara Yang Anda Sepatutnya Buat Sekiranya Berdepan Tekanan

Lihat Apa Terjadi Jika Joker Diberi Sentuhan ‘Editing’ Persis Drama Korea Goblin

Sumber