Kalau ditanya kepada para traveler, Bali semestinya destinasi yang ada dalam senarai tempat yang perlu dilawati. Sebagai sebuah pulau yang menerima jutaan pelancong setiap tahun infrastruktur untuk pelancong dibangunkan dan dijaga dengan baik oleh kerajaan tempatan Bali.

Jika anda sudah biasa ke tempat-tempat terkenal di Bali seperti Tanah Lot dan pantai Kuta, sebenarnya tersembunyi beberapa lokasi yang awesome tetapi kurang dilawati pelancong dari Malaysia. Awal bulan lalu kami berkesempatan untuk ke Bali untuk menikmati sendiri keunikan tempat-tempat ini.

1.Pura Lempuyang

Dalam banyak-banyak lokasi tumpuan pelancong, Pura Lempuyang adalah yang paling underrated di Bali. Terletak di bahagian timur Bali, perjalanan untuk ke Pura Lempuyang mengambil masa hampir dua jam. Buat penganut Hindu, Pura Lempuyang merupakan antara kuil tertua di Bali.

Setibanya anda di sini, Kereta anda perlu berhenti di parking lot bawah dan anda perlu berjalan kaki sedikit untuk sampai ke bahagian atas. Penat anda berjalan nanti pastinya akan terubat apabila melihat pemandangan dari atas Pura Lempuyang ini.

Lokasi bergambar paling terkenal di sini semestinya pintu gerbang yang berlatar belakangkan Gunung Agung. Dinasihatkan untuk ke sini di awal pagi untuk mendapat shot paling menarik di pintu gerbang ini. Tahukah anda jurugambar dari serata dunia terutamanya Eropah ada yang datang ke Bali semata-mata untuk mengambil gambar di sini? Begitulah betapa hebatnya landmark pintu gerbang di Pura Lempuyang ini.

2. Air Tirta Gangga

Jika anda ingin melihat sebuah taman yang dijaga rapi sejak berdekad yang lalu, Taman Air Tirta Gangga adalah lokasi yang wajib untuk anda kunjungi. Terletak di wilayah Karangasem (sama wilayah dengan Pura Lempuyang), Tirta Gangga dahulunya adalah tempat istirehat dan andi keluarga Kerajaan Karangasem yang dibangun oleh Anak Agung Ngurah Anglurah Ketut Karangasem pada tahun 1948. Walaupun duhulunya tempat ini dibangunkan khusus untuk keluarga diraja, kini siapa pun dapat menikmati keindahan Tirta Gangga. Anda juga boleh mandi di sini jika mahu.

Sebaik sahaja menjejakkan kaki di sini, memang kami terpana dengan keindahan taman ini. Boleh kata tempat ini memang banyak lokasi menarik untuk rakam gambar instagram anda. Siap anda boleh buat ilusi berjalan di atas air lagi ditemani ikan koi yang berenang di bawah kaki anda.

3. Puri Santrian

Tahukah anda di Bali terdapat lebih 11,000 bilik hotel yang ditawarkan untuk pelancong? Ya jika anda tiba di sana usah risau untuk cari hotel atau bilik penginapan kerana memang banyak bilik hotel yang boleh dipilih. Jika anda mahu menginap di tempat yang agak chill dan tidak terlalu crowded kawasannya, anda boleh menginap di hotel Swiss-Belinn Legian terletak di wilayah Legian.

Puri Santrian adalah resort paling menarik sepanjang 3 malam kami di Bali. Ada pantai serta kolam mandi khas hanya untuk penghuni Puri Santrian. Jika anda sedang mencari sebuah resort untuk bulan madu atau percutian bersama keluarga, anda boleh pertimbangkan Puri Santrian. Mungkin harganya sedikit tinggi, tetapi sangat berbaloi.

4. Krisna Oleh Oleh Bali

Ini adalah 7 Eleven untuk anda membeli sourvenir untuk teman dan keluarga yang menanti di tanah air. Sudahlah dibuka 24 jam, murah pula barangan yang terdapat di sini. Kualitinya sangat puas hati bergantung kepada produk.

Sampai ke bali jangan lupa untuk minta supir anda bawa jalan ke sini. Sebagai tips, untuk lebih penjimatan, buat pembelian barangan cenderahati anda di sini. Harganya jauh berganda lebih murah jika anda membeli di sini jika dibandingkan dengan kedai lain yang ada di tepi pantai atau jalan-jalan yang famous di sana.

5. Seawalker @ Puri Santrian

Aktiviti Seawalker ini adalah aktiviti wajib untuk anda yang sukakan aktiviti di laut seperti scuba diving. Tetapi ini tidak seperti scuba diving; seawalker ini akan bawa anda berjalan di bawah laut untuk lihat keindahan hidupan di bawah sana! Anda akan dipakaikan ‘topeng kepala’ khas untuk anda bernafas di bawah laut. Ianya ibarat anda berjalan di dalam ‘akuarium’ yang luas.

Aktiviti seawalker ini mendapat rating 5 bintang di laman TripAdvisor; bermakna ianya aktiviti must try jika anda ke Bali. Ini adalah antara aktiviti yang ada di resort Puri Santrian. Jika anda tidak menginap di sini pun tidak mengapa kerana aktiviti seawalker ini bukan khas untuk penghuni hotel ini sahaja.

6. Nasi Campur Men Wati

Agak sukar untuk mencari menu authentic Bali kerana banyaknya tidak halal. Tetapi jika anda berada di sekitar pantai Sanur, kena cuba makan nasi campur Men Wati.

Warung makan nasi campur Men Weti sangat terkenal dikalangan penduduk tempatan yang tinggal di Sanur dan warung nasi Bali ini dimiliki oleh Ibu Made Weti. Warung ini menyediakan Nasi Campur ala Bali yang terdiri dari beberapa lauk pauk dan sayuran yang menjadi makanan khas orang Bali.

Seawal 8.00 pagi, ramai yang sudah beratur panjang untuk makan di sini. Walaupun makanannya mungkin nampak biasa sahaja, tetapi rasanya cuma tuhan yang tahu. Harganya pun tidak mahal; sekitar RM7-8 untuk set makanan nasi,sayur,sambal dan satu lauk. Memang berbaloi.

Jujurnya memang tidak cukup 4 hari jika anda mahu bercuti di Bali kerana memang banyak tempat yang anda boleh lawati; ditambah lagi dengan lokasi baharu yang kami highlight di atas. Selain Puri Santrian, jika anda mahu tinggal di tempat yang lebih privacy, LV8 Resort dan Trans Resort mungkin boleh dipertimbangkan.

Baca sahaja tidak cukup. Anda kena datang dan rasai sendiri pulau paling terkenal di seluruh dunia ini. Tak susah pun untuk ke sini. Dengan 59 penerbangan terus ke Bali setiap minggu, AirAsia kan ada. Terus sahaja ke airasia.com untuk pilih tarikh percutian anda. Luangkan masa untuk refresh kembali minda dan badan di Bali. Selamat melancong!

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.