Hidetoshi Nakata, seorang lagenda bola sepak Jepun yang penuh dengan prinsip tersendiri sejak dari memulakan karier bersama Sekolah Tinggi Nirasaki di Yamanashi, Jepun.

Beliau merupakan seorang pemain bola sepak Jepun yang unik baik dari aksi didalam padang mahupun gaya hidup beliau diluar padang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam temubual bersama FIFA TV pada pertengahan tahun 2017, Nakata menceritakan pengalaman beliau sepanjang bergelar sebagai pemain bola sepak profesional dan juga selepas persaraannya.

Paling menarik adalah bagaimana Nakata berkongsi perasaan beliau ketika turun beraksi dalam perlawanan pertama Jepun di pentas Piala Dunia 1998 bertemu gergasi bola sepak dunia Argentina di Stade de Toulouse pada 14 Jun 1998.