Ungkapan Abang Tesla berkenaan ‘isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai’ telah mendapat kecaman hebat daripada netizen. Perkara ini sekaligus menjadi perdebatan ramai kerana merasakan kenyataan itu agak keterlaluan.
Penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) kini menyelar ungkapan dicanang pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Abang Tesla berhubung kenyataan ‘isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai’.
Baca Juga:
- Tidak Pernah Naik Kereta Mewah, Guru Muda Bergaji RM3,100 Mahu Beli Honda Civic
- Duit KWSP RM700,000 ‘Licin’ Dalam Masa Tiga Tahun, Bapa Salahkan Anak Tak Bagi Duit
- Beringat Sebelum Rugi, ‘Financial Planner’ Ini Kongsi Cara Mudah Merancang Kewangan
Menerusi video ceramah yang dikongsikan, UAI menegaskan kenyataan itu tidak benar kerana tidak terkandung dalam al-Quran serta hadis.
“Isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai.
Betul atau tidak?
Jawapannya betul…orang ini sudah tidak betul.
“Ini hadis ke?
Hidup kita kena ikut netizen ke hadis?
Kalau ikut netizen sesat kamu jumpa api neraka,” katanya menerusi video ceramahnya yang dimuat naik di TikTok milik beliau pada Jumaat lalu.
Tambah Azhar, kenyataan yang dikeluarkan itu boleh menyakiti hati isteri pertama.
“Siapa jadi isteri pertama pastinya terasa hati dengan kenyataan begini.
“Sebenarnya kedua-dua isteri adalah tanggungjawab kita (suami) sebab itu hadis nabi kata antara orang beriman yang terbaik adalah yang paling banyak berbuat baik kepada isteri,” ulas dengan lanjut oleh beliau lagi.
@ustaz.azhar.idrus Isteri Pertama Untuk Dihargai, Isteri Kedua Untuk Di Cintai? @Ustaz Azhar Idrus Official #ustazazharidrusofficial #ustazazharidrus #uai #uaioriginal #tanyalahustaz #ustazazhar #malaysia #abangtesla
Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan orang ramai untuk berkongsi perkara yang bermanfaat dan tidak menyalahi dari hukum syarak terutamanya di media sosial. Hal ini kerana setiap perkara yang dikongsi bakal dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.