Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Siapa kata hidup sendirian lebih baik? Betul ke? Yakin? Anda boleh makan, tonton movie, jalan-jalan shopping, semuanya sorang-sorang? Pasti akan ada orang kata boleh dan ada orang kata tidak.

Sebab apa, bukan setiap masa kita nak ada teman. Dan, kadang-kadang ada masanya kita perlukan masa untuk diri sendiri kan? Tapi, anda tahu tidak apa kelebihannya bila anda ada best friend forever (BFF) dalam hidup? Teruskan baca sampai habis!

1. Dia boleh bertindak sebagai ‘perunding fesyen’ kita, alang-alang tu boleh minta ajar style tudung baru

1.1

Kalau anda tidak yakin dengan apa yang anda pakai, BFF ni boleh ajar anda macam mana nak berfesyen! Walaupun kadang-kadang citarasa dia lebih kurang je dengan anda, sekurang-kurangnya pakaian yang dia pilih tu cantik jugaklah untuk dipandang.

1.2

Lagi satu, bila anda dah bosan dengan style tudung yang anda gayakan sekarang ni, BFF ada boleh bantu! Setiap orang ada style tudung kegemaran, jadi bila ada BFF boleh share style mana yang anda suka. Silap haribulan, tudung pun share sekali!

2. BFF adalah jenis orang yang tak berkira, lagi-lagi bila terdesak

2.1

Alamak nak bayar makan tak cukup duit pulak ni, kalau pinjam Nisa (BFF) agak-agak dia bagi tak?” Jarang BFF say ‘No’ kan? Sebab apa, hari ini mungkin hari dia, esok lusa kita tak tau kan?

BFF ni sebenarnya jenis tak berkira, tapi anda jangan pula ambil kesempatan! Hargai BFF, sebab jenis orang yang tak berkira ni bukan senang nak jumpa.

3. BFF juga boleh jadi teman shopping paling gila

3.1

Bila anda menghadapi hari yang murung, mesti anda nak release stress kan? Bagi perempuan, shopping adalah salah satu caranya. Tapi, shopping sorang-sorang tak bestlah, kena ada teman! Sebab tu pentingnya BFF ni!

Dari satu mall, kedai, butik dan lokasi untuk shopping, BFF ni langsung tiada masalah nak teman anda release stress. Alang-alang anda shopping, mereka boleh tolong angkat barang yang anda sudah beli kan?

4. Sentiasa sependapat dalam hampir semua perkara. Tak percaya?

4.1

Bila anda ada BFF, hampir setiap perkara anda akan sependapat dan buat bersama kan? Contohnya bila jalan-jalan kat shopping mall, nampak beg cute mesti dua-dua teruja. Takpun, kalau tak suka perangai seseorang tu, mesti BFF pun setuju dengan anda.

Tapi, jangan mengumpat belakang-belakang pula ya!

5. Automatik akan rapat dengan family BFF, sudah seperti family sendiri

5.1

Bila ada BFF, mesti BFF selalu ajak datang rumah untuk makan-makan, sleepover, lepak-lepak bila weekend kan? Secara automatik, anda akan rapat dengan family BFF anda itu. Dari mak ayah, adik-beradik sampailah sepupu sepapat anda akan kenal.

5.2

Anda pula nanti bila ada masa lapang, ajaklah BFF tu datang rumah anda juga. Kenal-kenal dengan family anda pula. Tak rugi tau bila kenal ‘ahli keluarga’ baru ni. Mana tahu satu hari nanti anda memerlukan pertolongan, siapa tahu mereka boleh bantu?

6. Dengan BFF, anda tak malu untuk ekspresikan diri yang sebenar

6.1

Sesetengah daripada kita malu untuk ekspresikan diri yang sebenar di khalayak ramai. Tapi, jauh di sudut hati nak tunjuk dekat semua orang. Kalau ada BFF, tak perlu malu. Sebab, mereka tahu luar dalam dan segalanya pasal anda. Nak malu apa lagi kan?

Nak tengok macam mana hubungan BFF sebenar? Semuanya ada dalam #SisCuba di TV3

7.1

Saksikan drama pendek 10 minit bertajuk #SisCuba sebanyak 5 episod di TV3 yang dibintangi oleh Nabila Razali, Syifa Melvin dan Sarah Suhairi.

Dibawakan khas oleh Sunsilk#SisCuba mengisahkan 3 BFF yang sudah lama terpisah, namun bertemu semula bagi merealisasikan impian sama iaitu mahu memulakan perusahaan tudung.

7.2

Biarpun diduga dengan kepayahan hidup, kerjaya dan kisah cinta masing-masing, persahabatan 3 BFF ini tidak renggang malah makin akrab gara-gara perusahaan yang diceburi. Adakah perusahaan tudung mereka berjaya?

7.3

Saksikan kesudahannya dalam drama #SisCuba di TV3 setiap hari Selasa pada jam 9:50 malam bermula 27 November ini. Kalau anda terlepas, jangan risau sebab ia akan disiarkan semula sejurus selepas waktu tayangan di platform media sosial YouTube TV3MALAYSIA Official.

Malah, kalau anda rindu drama #SisCuba ini di TV, anda boleh tengok siaran ulangannya di ntv7 bermula 1 Disember depan. Jangan lupa!