Tidak dinafikan telefon pintar memudahkan kehidupan seharian tetapi jika anda terlalu bergantung dan taksub dengan telefon bimbit banyak moment yang anda akan terlepas dalam kehidupan anda.

Bayangkan hidup anda tanpa telefon pintar, bukan sehari, bukan seminggu tetapi setahun. Jika anda sanggup menjalani kehidupan tanpa telefon pintar selama setahun, anda berpeluang memenangi wang tunai AS$100,000 (RM418,544) menerusi cabaran #nophoneforayear anjuran syarikat jenama minuman tenaga, Vitaminwater.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagi anda yang ingin menyertai pertandingan tersebut, anda perlu memuat naik entri di Twitter, Instagram dan Facebook, dengan menyatakan perancangan anda untuk menjalani kehidupan selama setahun tanpa menggunakan sebarang bentuk telefon pintar, termasuk tablet.

Jika anda terpilih sebagai peserta, anda akan diberikan sebuah telefon bimbit biasa yang hanya mempunyai kemudahan membuat panggilan dan menghantar pesanan ringkas. Walau bagaimanapun peserta masih dibenarkan untuk menggunakan komputer, komputer riba dan teknologi lain seperti Google Home dan Amazon Echo.

Pastinya anda tidak dibenarkan untuk meminjam telefon pintar keluarga, rakan dan rakan sekerja. Jika anda berbohong dan menipu, anda tidak akan berjaya kerana pada akhirnya pihak syarikat Vitaminwater akan menggunakan alat pengesan penipuan untuk mengesan jika anda menipu atau tidak.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Sumber