Keadaan banjir tidak menampakkan tanda-tanda reda sehingga menyaksikan 90,250 penduduk di Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak dan Perlis terpaksa berpindah, jumlah yang amat besar dalam sejarah bencana banjir di negara ini.

Catatan pada Disember 25, 2014 11:57 MYT oleh Astro Awani:

Kelantan 32,343 orang
Terengganu 28,991 orang
Pahang 24,316 orang
Perak 4,335 orang dan
Perlis 265 orang
Kedah 51 orang

Sungguh sebak apabila melihat gambar-gambar kejadian banjir yang meliputi beberapa buah negeri di Semenanjung ini. Bertambah sayu apabila mendengar rintihan mangsa-mangsa banjir. Ada getar di dalam suaranya mengharapkan bantuan tiba bagi menyelamatkan mereka.

Highlight Banjir Semasa 25 Disember 2014:

Air Cecah Tingkat 4 SMK Manek Urai

manek-urai

Kira-kira 500 mangsa banjir yang terperangkap di SMK Manek Urai sejak kelmarin kini dalam keadaan terkawal selepas empat anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tiba di sana, 10 malam tadi. Mereka menggunakan bot beroda dan bertolak dari Kota Bharu pada 2 petang semalam. Perjalanan itu mengambil masa 8 jam disebabkan ada kawasan yang tidak berair dan ada pula kawasan yang tenggelam, membuatkan perjalanan mereka tersekat-sekat.

Sultan Perak Menitahkan 3 Perkara

Baginda telah menitahkan tiga perkara untuk diambil tindakan iaitu:

1. bertitah agar kesemua masjid di negeri Perak mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat pada 26 Disember 2014 bagi memohon ihsan daripada Allah SWT untuk meringankan tanggungan dan ujian agar situasi kehidupan insan dapat dipulihkan seperti sedia kala

2. sebarang acara konsert atau acara berunsur hiburan sekiranya ada dirancang menjelang sambutan tahun baru, termasuk acara-acara seumpamanya yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri atau mana-mana agensi Kerajaan Negeri, hendaklah dibatalkan.

3. memberi perkenan untuk Yayasan Sultan Azlan Shah mengurniakan dua pasang pakaian dan kasut sekolah kepada setiap pelajar dari kalangan mangsa banjir.

Bincang Batal Sambutan Ambang 2015

AMBANG 2014 PUTRAJAYA

Desakan pelbagai pihak dan orang ramai membatalkan sambutan Ambang 2015 di Putrajaya telah mendorong Perbadanan Putrajaya (PPj) berusaha berbincang dengan pihak penganjur luar bagi membatalkan sambutan Ambang 2015 yang akan berlangsung di Dataran Putrajaya, Presint 3 pada 31 Disember ini berikutan banjir melanda beberapa negeri di negara ini.

Update: Perbadanan Putrajaya (PPj) menerusi status ringkas pada Facebook (FB) mereka menyatakan “Setelah perbincangan diadakan antara PPj dan pihak penganjur, dengan ini dimaklumkan bahawa program Sambutan Ambang Tahun Baru Putrajaya 2015 kini sah dibatalkan”

102 Pelancong Taman Negara Dibawa Keluar

NEWS

Usaha membawa keluar semua 102 pelancong yang terkandas di Mutiara Taman Negara, Kuala Tahan, dekat sini berjalan lancar dan dijalankan secara berperingkat menggunakan dua helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sejak jam 10 pagi tadi dan ia dijangka selesai kira-kira jam 5.30 petang ini. Pengerusi Pusat Kawalan Pperasi Banjir Jerantut, Ali Syahbana Sabaruddin, berkata proses pemindahan itu bukan hanya untuk membawa pelancong tetapi turut membabitkan penduduk tempatan yang sakit dan ibu mengandung ke Hospital Jerantut.

—–

Semoga cuaca kembali tenang dan proses menyelamat dan perpindahan berjalan lancar. Sementara itu kami akan update dari masa ke semasa.

The Vocket