Berakhirlah sudah pembentangan Bajet 2018 oleh Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak sebentar tadi. Banyak perkara yang diumumkan oleh pihak kerajaan dalam bajet tahun hadapan.

Bajet 2018 akan memperuntukkan RM280.25b, menyaksikan pertambahan peruntukan RM20 billion berbanding RM260.8b peruntukan Bajet 2017. Di sini kami memilih isu yang menjadi perbincangan hangat oleh netizen dalam pembentangan Budget 2018. Teks ucapan penuh untuk Bajet 2018 boleh dibaca di sini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Pulau Pangkor kini diiktiraf pulau bebas cukai

Selepas Labuan,Tioman dan Langkawi, Pulau Pangkor juga kini bergelar pulau bebas cukai. Namun, ianya tidak termasuk untuk produk seperti minuman keras,rokok, dan kenderaan bermotor. Barangan yang selain daripada ini sahaja dikecualikan daripada cukai seperti barangan keperluan asas.

2. Tabung ADAM50

Setiap anak yang lahir bermula dari tahun 1 Januari 2018 akan mempunyai akaun Amanah Dana Anak Malaysia 2050 di mana nilai RM200 akan dimasukkan terus dalam bentuk Amanah Saham.

3. Bantuan Baucar Buku dikembalikan

Kad debit KADS1M menggantikan Baucar Buku 1Malaysia atau Bantuan Buku 1Malaysia (BB1M) pada tahun ini dan nampaknya Bantuan Baucar Buku akan kembali untuk tahun hadapan. Satu langkah kerajaan untuk meningkatkan lagi minat membaca kepada siswa dan siswi.

4. Diskaun Bayaran Balik PTPTN Sehingga 2018

Ianya satu berita baik buat peminjam PTPTN untuk melangsaikan pinjaman mereka pada kadar segera. Tempoh grace period pembayaran balik pinjaman PTPTN juga dilanjutkan kepada 12 bulan setelah tamat pengajian berbanding 6 bulan ketika ini.

5. Tempoh cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari

Buat para ibu yang bakal bersalin yang bekerja di sektor swasta. Jika sebelum ini hanya 60 hari, selepas ini cuti bersalin akan selari dengan para ibu yang bekerja di sektor awam iaitu 90 hari.

6. Pemansuhan kutipan tol di 4 lokasi

Ini berita paling mengembirakan terutamanya buat penduduk di sekitar Shah Alam dan Klang. Adakah pemansuhan kutipan tol ini bersifat sementara atau pun kekal?

7. Flesibiliti waktu bekerja untuk pekerja kerajaan

8. Ibu mengandung lebih 5 bulan boleh pulang awal sejam

Kalau suami juga bekerja di sektor awam, suami juga boleh pulang awal sejam seperti isteri.

9. ‘Bonus’ buat penjawat awam bernilai RM1,500 dan RM750 buat pesara

10. Pengambilan pembantu rumah secara terus tanpa melalui agen

Tiada lagi kes ditipu agen pembantu rumah kerana selepas ini, anda boleh berurusan secara terus daripada 9 negara sumber.

Anda ada sebarang komen tentang pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri kita sebentar tadi? Boleh berkongsi pandangan anda di ruangan komen.

Sumber