Perlawanan yang bermula daripada sekadar trash talk nampaknya berjaya menjadi realiti dan pada hari ini seluruh dunia menjadi saksi diatas kemenangan Floyd ‘Money’ Mayweather. Beliau berjaya menumpaskan Conor McGregor pada round ke-10 melalui knockout. Berikut merupakan sedutan penuh daripada pertemuan diantara dua jaguh ini.

Conor McGregor di dalam temuramah lain turut mengatakan beliau sebenarnya masih mempunyai tenaga untuk berlawan dan berharap pengadil tidak mengumumkan pemenang terlalu awal sebelum beliau rebah ke lantai gelanggang. Sebuah langkah yang berani buat McGregor kerana berani untuk menandingi antara peninju terbaik di dalam sejarah meskipun tidak mempunyai karier profesional di dalam bidang tinju. Buat Floyd, tahniah kami ucapkan. Anda kini lebih kaya lebih kaya daripada sebelum ini seperti yang anda idamkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →