Kadang-kadang, aku pun tertanya betul ke tindakan aku buat. Suami isteri berhenti kerja, dengan selamba kodok mulakan life baru di UK. Jujur, aku sebenarnya tak tahu betul ke tak.

Sampailah terjumpa dengan Isha, orang Bangladesh di Lisbon. Dia buka outlet kebab kat sana. Isha pernah datang Malaysia kerja kat ladang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lepas sembang, Isha cakap tidak menyesal tinggalkan Bangladesh atau Malaysia. Bukan sebab Lisbon lebih baik, tapi dia rasa ada kebaikannya. Dia start cerita pada aku. Aku dengar, angguk-angguk. Aku hadam.

Tentang kehidupan.

1. Ujian yang tak pernah dialami

Membesar kat negara sendiri kau dah belajar macam mana nak hidup kat situ. Kau dah tau selok belok, cilok mencilok, spin dan twist. Skil survival dah tinggi. Jadi dah selesa di Malaysia, kawan dah ramai, kabel kau dah power.

Tapi kat luar negara, kau akan belajar semula hidup survival. Takde tongkat, takde kabel, takde kenalan, takde orang dalam. Kau rasa helpless. Semua kena buat sendiri. Kau tidak bergantung kepada manusia untuk mengubah hidup. Ubah sendiri, usaha dan tawakal.

Yang kau ada hanya Tuhan, dan hanya Dia yang boleh menolong. Baru kau rasa penyerahan pada Tuhan dan bukan pada manusia.

2. Bukan dengar cakap orang

Kat Malaysia, kau akan terpengaruh dengan apa orang sekeliling cakap. Itu ini tak betul. Semua dah jadi macam tuan penasihat. Sampaikan kau pun dah jadi konfius mana yang betul mana yang tak. Kau cuba puaskan hati orang. Tekanan sosial sangat tinggi.

Bila kau di negara orang, kau akan buat keputusan sebab kau rasa itu yang betul dan itu paling tepat. Kau boleh buang penasihat tak rasmi. Kau belajar bertanggungjawab 100% terhadap keputusan kau.

Kau boleh pilih kau mahu tinggal di mana, kecik besar kereta kau nak pakai, langsir macam mana kau nak pasang. Tak de orang peduli atau nak bagi nasihat.

Masa depan kau, bukan di tangan orang.

3. Kita dengan orang putih ni tak banyak beza pun

Kalau dulu kita dijajah, sebab itu kita dah terpandang diorang lebih tinggi. Kita pandang diorang lebih hebat. Kita sendiri bila speaking je gigil sedangkan kita belajar English dari sekolah rendah sampai SPM. Kita pula jadi ragu diri sendiri.

Sedangkan diorang ni tidak selincah orang Malaysia. Orang kita ni berbakat, kreatif, multi tasking. Semua ciri aku sebut ni, kurang ada pada orang putih. Kita tak sedar atau terlupa dengan kelebihan ni. Kita ni tak lah lekeh sangat sebenarnya.

Dulu mungkin kau akan bandingkan “aku berbanding dia”. Tapi bila dah tau, kau akan kata “aku sama dengan dia”. Ntah-ntah kalau akan rasa kau lebih pandai dari dia.

Dunia luar sana tidak lah menakutkan sangat sebenarnya.

Baca: Daripada Seorang Pelarian, Remaja Ini Menjadi ‘Wonderkid’ Di Jerman

berhijrah

4. Kau lebih hebat dari yang dijangka

Kau akan buat benda yang tak terfikir mampu buat. Banyak benda akan belajar buat sendiri. Bercakap, baca buku, tukar tayar, repair rumah, masak, jaga budak, berkira-kira.

Walau tak sesedap mana, sekurangnya aku belajar masak mee goreng bila aku duduk Glasgow. Dulu kat Malaysia main tunjuk je kat menu kedai.

5. Tiada yang lebih baik dari tanah air sendiri

Rata-rata aku tanya orang Malaysia di luar negara tidak akan menyerah kerakyatan Malaysia. Sebab apa? Tiada negara sebaik negara sendiri. Kita sahaja yang tahu seburuk mana Malaysia pun, itulah tempat kau membesar menjadikan diri kita sekarang.

Bila kau tengok kereta Proton buruk kat jalanraya UK ni pun, kau punya bangga tengok produk Malaysia.

6. Hargai, belajar dan menghormati budaya

Aku selalu kena bash kata aku selalu dok bandingkan Malaysia dengan luar negara. Aku bukan nak dewakan, tapi aku jadi celik mata. Ada banyak benda kat Malaysia sebelum ni aku take for granted, tak hargai pun.

Contohnya macam mana orang di sini begitu menghargai masa. Macam mana orang di sini begitu terbuka dalam berbincang mengenai agama.

Janganlah kau marah aku dengan Isha. Kami pun bukan semaksum mana. Banyak aje yang tak betulnya.Kalau kau ada peluang, pergi la cuba hidup di luar negara. Kau boleh follow cara aku ngan Isha kalau kau rasa betul, atau kau boleh rileks macam biasa.

Tidak akan mengubah apa jika setakat bercuti berselfie dan buat muka muncung itik, atau posing lentik. Post kat FB dan tunggu like beribu.

Catatan Kembara
Irwan Dahnil
Bangla Brotherhood
Glasgow, Scotland

Baca lagi: 12 Ciri Individu Yang Boleh Berhijrah Dan Cuba Nasib Di Luar Negara