Nota Editor: Kisah lucu ini diceritakan oleh Dr Kamarul Ariffin dan diterbitkan di Vocket dengan kebenaran beliau. Cerita ini kedengaran seperti satu babak daripada sketsa hiburan, tetapi ia adalah satu kisah benar yang berlaku di hadapan mata beliau. Jelaslah, rokok, vape atau shisha, sekiranya berada di tempat awam, masih perlu menghormati orang di sekeliling.

vape-on
FB HCL

Meluap

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Di sebuah warung, sekumpulan remaja sedang bersarapan sambil galak menghisap vape. Berkepul-kepul asap, sesekali mencerobohi meja seorang wanita dan dua anak kecilnya.

“Adik, boleh tolong jangan hisap rokok tak? Asap kena anak-anak akak,” tegur wanita tersebut lembut.

Rilekslah, kak. Kitorang bukan hisap rokok. Ini vape-lah, tak ada asap.”

“Habis tu, yang berkepul-kepul tu apa?”

Tu wap air je lah, kak. Kena budak kecik pun tak jadi apa. Jangan risau.”

vape-bukan-sekadar-wap-air
VapeCon

Wanita itu berpaling semula ke mejanya dan menyedut air teh-O ais di atas meja. Barangkali untuk menyejukkan hati yang membara mendengar jawapan remaja tadi.

Tiba-tiba… BuuUurRRRrrRrR!!!!!!

Rupa-rupanya selepas sedut air itu, wanita tadi bingkas bangun, mendekati meja remaja-remaja tersebut dan menyembur air dari mulutnya kepada remaja yang sedang vape tadi.

APAHAL NI? Main sembur-sembur pulak!

Rilekslah, dik. Tu wap air je. Kena budak kecik pun tak jadi apa. Jangan risau,” jawab wanita itu selamba.

Tersembur *sarbat aku ikut hidung. Hilang terus resdung. Hahaha…

Wap air meluapkan kemarahan.

*sarbat = teh halia

BACA: Mufti Wilayah Persekutuan Sahkan Rokok Elektronik Haram

BACA Lagi: Industri Vaping Malaysia Bernilai RM500 Juta

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram