Jalan-jalan cari keinsafan. Trip kesan Tsunami di Aceh.

Sebagai seorang jurutera terlatih, minda saya sukar memproses apa yang dilihat dengan pandangan mata kasar apabila melawat peninggalan kesan tsunami di Aceh. Seorang engineer kebiasaannya akan melihat sesuatu dengan minda analytic sebelum membuat keputusan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada tanggal 26 Disember 2004, berlaku gempa bumi 9.1 skala richter di dasar lautan. Kekuatan gelombang arus tsunami berjalan dengan kelajuan 800 km/hr di lautan (umpama kelajuan jet penumpang) dan berkurang kepada kelajuan 100km/hr apabila berdekatan dengan pesisiran pantai yang cetek.

Pengurangan kelajuan arus menyebabkan ketinggian ombak tsunami meningkat kepada paras 18m (ketinggian pokok kelapa) kerana mempunyai tenaga yang sama.

Kekuatan gelombang tsunami di Banda Aceh telah mengheret sebuah kapal janakuasa PLTD Apung seberat 2,600 ton (cuba bayangkan berat 2,600 kereta yang bertindih) 5km ke daratan. Kekuatan terjahan arus tsunami itu seperti tekanan 20 bar (290psi) iaitu bersamaan kekuatan air yang keluar dari nozzle hose bomba.

Yang peliknya gelombang tsunami tidak meranapkan banyak masjid di tepi pantai yang diperbuat dari batu bata sahaja walaupun bangunan tepian pantai menerima hentakan gelombang tsunami paling maxima.

Ramai yang sangsi (skeptikal) kerana kata mereka bangunan itu utuh kerana pembinaannya dari teknologi konkrit.

Baik. Teknologi konkrit hanya digunakan secara menyeluruh apabila Hoover dam dibina pada tahun 1936 di USA. Masjid Baiturrahman Banda Aceh di bina pada tahun 1612 manakala Masjid Baiturrahim Ulee Lheue dibina pada abad ke 17 dengan sistem ‘load bearing wall‘ batu bata (teknologi asal dari orang Roman).

Teknologi konkrit digunakan di Masjid Rahmatullah pada tahun 1990 dengan dindingnya diperbuat dari batu bata.

Untuk makluman anda, air dari pancutan nozzle hose bomba dengan pressure 5-10 bar sudah boleh meranapkan dinding batu bata bila ditembak sejauh 5 meter sahaja.

bercuti-di-acheh-1
Masjid Rahmatullah di Lampuuk hanya 500 meter dari pantai.
bercuti-di-acheh-2
Masjid Baiturrahim terletak di pesisiran pantai Ulee Lheue, Aceh.
bercuti-di-acheh-3
Masjid Raya Baiturrahman, Banda Aceh.
bercuti-di-acheh-4
Masjid Al Ikhlas Lhoknga, Aceh. Masjid ini sedang diperbesarkan.
bercuti-di-acheh-5
Kapal Janakuasa PLTD Apung seberat 2,600 ton diheret 5km ke daratan dan masih ada mayat dibawah kapal ini.
bercuti-di-acheh-6
Lihatlah betapa besar nya kapal ini.
bercuti-di-acheh-7
Gambar 2004 masjid rahmatullah yang diambil dari helikopter tentera US.
bercuti-di-acheh-8
Gambar 2004
bercuti-di-acheh-9
Gambar 2004
bercuti-di-acheh-10
Gambar 2004 masjid rahmatullah.
bercuti-di-acheh-11
Kubah konkrik yang hanyut bagai pelampung 2.5 km ke arah bukit.
bercuti-di-acheh-12
Saya diberitahu paras air tsunami setinggi pokok kelapa di tepi bukit.
bercuti-di-acheh-13
Bersama tok siak dan muezzin masjid Baiturrahim yang menceritakan kisah tsunami.
bercuti-di-acheh-14
Begini lah dahsyat nya tsunami saperti yang digambarkan.

Masih sangsi lagi?

Ok, cuba bayangkan anda membawa kereta dengan kelajuan minima 100km/hr dan melanggar satu dinding, bukan sekali tetapi 3 kali dengan kelajuan yang sama. Apa akan terjadi?

Begitu lah analogi kekuatan gelombang arus tsunami yang merempuh dan menerjah bangunan-bangunan di Aceh sebanyak 3 kali.

Terpegun saya melihat bagaimana 1 kubah konkrit 80 ton (imagin berat kereta 80 biji bertindih) di Kampong Gurah, boleh hanyut 2.5km saperti sebuah pelampung dengan 7 orang duduk di dalamnya sebagai penumpang. Cuba fikirkan keajaiban misterinya.

Kalau kita melihat dengan mata kasar sahaja, mungkin kita berasa kurang berkeyakinan bahawa kuasa Allah menyelamatkan masjid-masjid ini.

Ramai yang menyaksikan bagaimana gelombang tsunami terbelah 2 apabila berdepan dengan masjid-masjid ini.

Apakah hikmah dari tragedi tsunami?

Aceh telah menjadi lebih aman, tiada lagi pembunuhan antara GAM dan ABRi dan Aceh dianugerah sebagai wilayah autonomi oleh SBY dengan perundangan Islam diiktiraf oleh pemerintah RI. Benar firman Allah, setiap kejadian ada hikmahnya.

Jalan-jalanlah ke Aceh untuk mencari keinsafan diri dan mengagungkan kebesaran Allah. Subhanallah.

Baca lagi: Itinerari Bajet 4 Hari 3 Malam Ke Acheh Indonesia