Nota Editor: Pendedahan ini telah dilakukan oleh Arif Afifi Mohamad Sukri seorang mahasiswa yang sedang menuntut Jurusan Tafsir Hadis Di Jambi, Indonesia. Ramai yang bertanya bagaimana beliau berjaya menurunkan berat badan sebanyak 40kg dalam masa 3 bulan.

Kami berjaya menghubungi beliau dan mendapat kebenaran untuk kongsikan semula di sini. Semoga ini dapat membantu anda yang turut ingin mengurangkan berat badan.

arif-1

Lost 40 Kg in 3 Month!

Ok! disebabkan mesej yang terlalu banyak minta saya ceritakan kaedah dan bagaimana cara saya mengurangkan berat badan, saya akan kongsikan.

Saya akui, saya di antara mereka yang tergolong di dalam masalah obesiti dengan berat badan mencecah 120KG. Alhamdulillah, tanpa supplyment atau pil-pil kurus yang lain saya berjaya mengurangkan berat sebanyak 40 KG.

Tips ni banyak saya ambil dari Kevin Zahri dan member2 medic dari Unisza seperti Dr Nashrul Hadi, Dr Aiman, Dr Hafez dan Dr Arif Fahmi. Berikut antara tips yang saya laksanakan dalam tempoh 3 bulan ini. Saya tak katakan ini adalah yang terbaik. Jika nak yang terbaik, rujuklah yang lebih ahli.

1. Amalkan makan nasi dengan kuantiti segenggam. (Makanlah berapa kali sehari pastikan hanya segenggam) Saya makan 2/3 kali sehari.

2. Ayaq manis, haramkan! (Dalam tempoh bulan pertama). Banyakkan minum air kosong.

3. Haramkan makanan bergoreng! (Pisang goreng, Ubi, Kentang, Ayam, bla…bla… Haramkan untuk sementara waktu)

4. Elakkan makanan bersantan. Nak makan juga? Kuantiti yang sedikit sahaja.

5. Makan protein dari rebusan dan panggang sahaja. (Ayam panggang, ikan rebus, ayam sup. Pastikan kurang garam dan minyak!)

6. Makan sayuq banyak! Pastikan setiap hidangan ada sayur. Sayur yang direbus atau mentah.

7. Kerepek, Keropok, MEGI dan JUNK FOOD yang lain mohon tinggalkan! Please…

arif-3

Ini apa yang saya lakukan dalam tempoh sebulan pertama. Sebab masa ni saya cuma jaga pemakanan. Lagipun jogging waktu ni hanya bertahan 4 minit saja. Sebab pancit boh.

Masuk bulan ke dua. Saya mula jogging. Mula dengan 4 minit, kemudian ke 7, 7 ke 10 minit. Dari 10 minit tingkatkan ke 15 dan seterusnya mampu sehingga 30 minit tanpa henti.

Stamina akan terbina hasil latihan hari-hari yang istiqamah. Jangan PAKSA DIRI. Jangan terus nak perderas 30 minit terus. Nanti badan akan ‘terkejut’!

Saya nasihatkan juga, orang yang obes jangan terus nak ke GYM main dumbell atau nak bina badan jadi SADO.

Mula dengan cardio dulu. Dah turun ke berat ideal barulah tumpu kepada nak bina otot atau apa-apa saja untuk nampak katang!

Jangan harap result dalam masa terdekat. Untuk kurangkan berat badan perlu banyak bersabar dan tahanlah telinga bila berdepan dengan member-member yang tak support. Abaikan. Kesihatan diri kita sendiri itulah yang harus dipeduli.

Akhir sekali, niat semua di atas biar kerana Allah dan demi menjaga kesihatan ke arah yang lebih baik.

arif-4

Bukan harap pujian atau buat diri jadi lebih takabbur, riak dan jauh
dari tuhan! Nak segak bukan sekadar RUPA tetapi akhlak dan maruah yang terjaga itu lebih utama.

Sebab tu saya katakan untuk kesihatan.. Bukan untuk SEGAK paras rupa. Akhlak dan maruah adalah kesegakan yang lebih sejati!

Perkongsian ringkas ini saya coretkan agar menjadi motivasi yang lebih baik buat rakan-rakan saya yang lain. Bahawa tanpa perlu berbelanja tinggi dan pil-pil kurus anda mampu mengurangkan berat badan dengan kaedah yang baik.

Rujuklah mereka yang lebih ahli. Jujur penulisan ini hanya sebatas pengetahuan saya sebagai Alumni Mahasiswa Pengajian Islam Usuludin. Saya bukanlah dari kalangan mereka yang mengambil jurusan perubatan ataupun dietetik yang khusus.

Insyaallah, selepas ini saya akan berkongsi lagi tips-tips yang lain. Selamat maju jaya. Manfaatkan Ramadhan dengan ibadah dan mutu kesihatan yang lebih baik.

Semuanya di atas kesadaran masing-masing. Perlahan-lahan ke arah kesihatan yang baik. Seeru ala barakatillah.

BACA: 7 Punca Gemuk Yang Ramai Orang Tidak Tahu

BACA juga: Ketahui Rahsia Sebutir Telur Dalam Merawat Kecantikan Kulit

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤