Honda akhirnya telah memperlihatkan Civic Type R 2023 bagi meraikan ulang tahun ke-25 model hatchback berprestasi tinggi yang menjadi rebutan dunia dan pada masa bagi menyambut ulang tahun ke-50 model Civic.

Model baharu ini didakwa merupakan yang terpantas berbanding model-model terdahulu. Seperti gambar-gambar spyshot yang tular sebelum ini, ia menggunakan rekaan Civic Hatchback generasi ke-11 yang dikenali dengan kod nama FL/FE.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber Gambar: Honda Japan

Selain beberapa gambar luaran dan dalaman dikongsikan, Honda cuma berkongsi beberapa spesifikasi ringkas seperti berikut; Civic Type R dilengkapi dengan enjin 2.0-liter VTEC TURBO, transmisi manual baharu dan sistem ‘rev-matching‘ yang memberikan pengalaman menarik buat pemandu.

Untuk menambahbaik prestasi kereta ini, Civic Type R 2023 turut dilengkapi dengan rim 19-inci jenis lightweight, brek cakera Brembo, bumper hadapan dilengkapi honeycomb grill mesh dan fender gril lebih besar serta side sill yang membantu kecekapan aliran udara semasa memecut.

Antara ciri-ciri yang didedahkan lagi, Honda LogR, data logger yang dapat menyediakan maklumat secara real-time tentang pergerakan mekanikal kenderaan dan tingkah laku cara pemanduan pemandu.

Honda turut perkenalkan reka bentuk meter eksklusif mod pemanduan +R baharu membolehkan pemandu mendapatkan maklumat yang diperlukan serta-merta, dengan paparan rpm enjin grafik, stopwatch dan penunjuk kedudukan gear diletakkan di bahagian atas. Rekaan ini diguna pakai pada kebanyakkan supercar pada masa ini.

Sumber Gambar: Honda Japan
2023 Honda Civic Type R

Bagi yang tidak sabar untuk mengetahui harga dan butiran lanjut spesifikasi Civic Type R baharu ini, anda perlu tunggu pelancaran rasmi di Jepun pada September nanti.

Penjualan akan dibuka pada tahun hadapan dan penghantaran pertama kepada pelanggan di Eropah pula seawal 2023 nanti. Civic Type R baharu bakal ditawarkan dalam beberapa warna; Championship White, Rallye Red, Boost Blue, Crystal Black Pearl dan Sonic Grey Pearl. Manakala interior pula masih menggunakan warna merah dan hitam sebagai warna utama.

Sementara itu anda boleh lihat close up Honda Civic Type R terbaharu yang ‘hilang garang, namun nampak lebih matang’ di bawah.

Sumber Gambar: Honda Japan
Sumber Gambar: Honda Japan
Sumber Gambar: Honda Japan
Sumber Gambar: Honda Japan
Sumber Gambar: Honda Japan

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Ternyata model Civic Type R menjadi rebutan seluruh dunia apabila sebuah model tersebut milik warga Singapura dicuri dan dijumpai semula dalam Malaysia baru-baru ini. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Honda Civic Type R Warga Singapura Hilang Ditemui Semula, Empat Ditahan Untuk Bantu Siasatan

Bakal Dilancarkan Minggu Hadapan, Honda Tidak Sengaja ‘Leaked’ Gambar Civic Type R Baharu

Honda Civic Type R Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Harga Pasaran RM320 Ribu

Sumber