Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Di mana-mana negara memang ada sindiket yang mencuri kereta untuk dijual semula sebagai ‘kereta potong’. Kereta tersebut akan dileraikan dan beberapa bahagian yang boleh dijadikan sebagai alat ganti akan dijual kepada orang ramai.

Pada awal bulan Mei lalu, seorang pengguna Facebook telah meminta orang ramai untuk menghebahkan kes kecurian Proton Wira yang terjadi kepada rakannya.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku ketika waktu hujan yang mana kereta tersebut diletakkan di hadapan rumah pemilik tersebut di Sungai Way, Petaling Jaya.

minta bantuan kawan FB sekalian semua..kasi share yekawan saya baru sahaja kehilangan kereta sebentar tadi di depan…

Posted by Muhammad Angah on Saturday, May 1, 2021

Setelah hampir dua bulan hilang tanpa khabar berita, pemilik Proton Wira tersebut menerima panggilan daripada pihak polis daerah Petaling Jaya bagi memaklumkan mengenai penemuan keretanya.

Namun beliau amat terkejut apabila melihat keadaan keretanya yang telah dileraikan dan pihak polis menyatakan keretanya ditemui di kedai besi buruk bersama-sama 13 buah kereta yang lain.

dapat perkhabaran dah 4 5hari lepas dah. member kete hilang 1/5/2021 lepas… balai call dah jumpa kereta.. tapi…

Posted by Muhammad Angah on Sunday, June 20, 2021

Hantaran tersebut telah mendapat perhatian orang ramai dan berasa simpati kepada pemilik Proton Wira tersebut setelah melihat keadaan keretanya terkini yang sudah tidak nampak rupa seperti sebuah kereta lagi.

Tambah orang ramai lagi, pemilik kedai besi buruk tidak boleh meleraikan kenderaan lama sesuka hati dan perlu ada dokumen asal kenderaan terbabit. Jika tidak, kesemua pihak terlibat boleh didakwa melakukan satu kesalahan.

vocket-kereta-proton-wira-jadi-besi-buruk-6

Sumber Gambar: Facebook Muhammad Angah

vocket-kereta-proton-wira-jadi-besi-buruk-3

Sumber Gambar: Facebook Muhammad Angah

vocket-kereta-proton-wira-jadi-besi-buruk-4

Sumber Gambar: Facebook Muhammad Angah

vocket-kereta-proton-wira-jadi-besi-buruk-5

Sumber Gambar: Facebook Muhammad Angah

dapat info dari kawan sepejuangan.. suspek dah di banteras ..kete tepi jalan pon di sauksatria GTi dgn satria hijau tu siapa punya.. ada kawan2 hilang kereta ke.. nampak belom kene kerat lagi tu

Posted by Muhammad Angah on Sunday, June 20, 2021

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, pihak polis berjaya menangkap dua suspek yang sedang leka meleraikan komponen sebuah kereta Perodua Kembara yang dilaporkan hilang pada 29 April lalu.

Hasil siasatan lanjut telah membawa polis ke sebuah premis barang lusuh yang tidak jauh dari lokasi penemuan Perodua Kembara tersebut. Serbuan yang telah dibuat pada premis tersebut telah menyelesaikan kes kehilangan kereta model lama di kawasan Petaling Jaya.

Untuk makluman semua, model kereta Proton Wira menjadi sasaran utama sindiket pencurian di Malaysia sejak tahun 2019 lagi.

Proton Wira Kekal Model Paling Banyak Dicuri Sepanjang Awal 2019

Proton Wira Paling ‘Dicari’ Pencuri, Rekod Kes Kecurian Tertinggi

Anda Mungkin Suka