Sebuah pembelian bernilai 9 angka telah berjaya dimeterai pada minggu ini melibatkan dua jenama hotel terkenal iaitu Hilton dan Le Meridien.

Menurut laporan daripada The Edge Markets, Hilton KL bakal dijual dengan harga RM497 juta kepada pemilik hotel bersebelahan dengannya iaitu Le Meridien Kuala Lumpur. Secara purata, pengusaha Le Meridien bakal membayar hotel dengan penyertaan 503 bilik ini dengan harga RM988,000 sebuah. 

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berdasarkan kontrak, Hilton KL masih lagi dibawah operasi Hilton International dengan perjanjian sehingga 15 tahun dimana pengurusan ini bakal berakhir pada akhir 2019.

Agak menarik untuk melihat langkah seterusnya daripada pengusaha Le Meridien yang mempunyai dua pilihan sama ada untuk meneruskan operasi dengan menandatangani kontrak baru bersama Hilton atau menukar sepenuhnya dibawah pengurusan Marriott.