Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengharamkan buku Rebirth: Reform, Resistance, And Hope In New Malaysia setelah buku itu dikatakan mengubah suai Jata Negara.

Perintah larangan yang bertarikh 1 Julai 2020 itu selaras dengan Warta Kerajaan di bawah tajuk Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tidak Diingini) 2020 yang membabitkan larangan secara mutlak terhadap buku tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Warta Kerajaan turut menyebut bahawa Menteri menggunakan kuasanya yang tertakluk di bawah subseksyen 7 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang membolehkannya membuat perintah berkenaan.

Perintah yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin telah menamakan penyunting buku, Kean Wong, penerbitnya, Strategic Information and Research Development Centre yang beralamat di Petaling Jaya dan pencetak buku berkenaan, Vinlin Press Sdn Bhd, yang beralamat di Puchong.

“Pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan yang diperihalkan dalam Jadual yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam, yang mungkin memudaratkan keselamatan, yang mungkin menggemparkan fikiran orang ramai, yang mungkin berlawanan dengan mana-mana undang-undang dan yang mungkin memudaratkan kepentingan negara adalah dilarang secara mutlak di seluruh Malaysia,” katanya.

Terdahulu, Zunar telah memberi pandangan peribadi beliau mengenai kulit buku yang dikatakan kontroversi kerana menghina Jata Negara. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kontroversi Kulit Buku ‘Rebirth’- Ini Pandangan Kartunis Zunar Tentang Lukisan Mirip Jata Negara