Pada Ogos tahun ini, kerajaan sepatutnya menerima sekurang-kurangnya lima buah kapal seperti yang dijanjikan. Tetapi sehingga kini, tiada satu kapal pun yang diserahkan kepada kerajaan walaupun pihak Putrajaya sudah membayar RM6 bilion untuk projek yang diberikan kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS secara rundingan terus.

Sewaktu menjawab soalan di Dewan Negara pada Isnin, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kapal pertama Littoral Combatant Ship (LCS) diharap mampu disiapkan dalam tempoh antara setahun hingga dua tahun lagi, kata Menteri Kanan Pertahanan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

berkata, Kabinet telah memberi tempoh enam bulan untuk memobilisasi usaha menghidupkan semula projek tersebut.

“Kita diberikan enam bulan selepas keputusan Kabinet untuk memobilisasikan usaha untuk menghidupkan semula projek ini. Ia melibatkan libat urus dengan vendor di Perancis, ia melibatkan engagement dengan agensi perbankan.

“Tetapi dalam dewan ini saya boleh nyatakan bahawa sekurang-kurangnya dalam masa setahun dua ini, saya harap kapal pertama dapat kita siapkan,” jawab Hishammuddin.

Hishammuddin turut akan memastikan beliau sendiri akan memberi laporan kepada orang ramai dan Kabinet mengenai tahap penyiapan projek yang kini sudah menelan belanja sekitar RM6 bilion.

Isu berkenaan kapal perang berkenaan kembali menjadi pendebatan hangat selepas Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) melaporkan terdapat elemen kelemahan dan penyelewengan dalam projek itu.

Hishammuddin turut menegaskan jika terdapat unsur penyelewengan, kementerian tidak akan mempertahankan individu tersebut.
Selain itu, beliau berkata, jika tidak diteruskan, ia akan mengakibatkan ramai vendor, termasuk veteran TLDM gulung tikar.

“Ini merupakan satu pandangan yang diperlukan TLDM. Kedua, pertimbangan untuk memastikan vendor yang sedia … ada ratusan juga, yang sebahagian besar merupakan mereka daripada golongan veteran, tidak gulung tikar. Dan projek ini perlu diteruskan selepas mengambil kira kebajikan mereka,” katanya lagi.

Sebelum ini Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) telah membangkitkan persoalan dimanakah kapal TLDM yang sudah dibayar RM6 bilion tetapi masih tidak muncul di pesisir pantai negara. Baca pada pautan di bawah.

Isu Projek LCS: Kerajaan Malaysia Bayar RM6 Bilion Untuk Kapal TLDM Versi ‘Bunian’

DBP Rancang Jadikan Phuket Pusat Pembangunan Tulisan Jawi Dan Bahasa Melayu

Meta Tuduh PDRM Buat Akaun Palsu Untuk ‘Puji Kerajaan, Troll Pembangkang’?

Sumber