Penduduk di Afrika Selatan nampaknya sangat tidak berpuas hati dengan hoodie penuh kontroversi yang dilancarkan H&M minggu lalu. Walaupun, H&M sudah membuat permohonan maaf, ianya tidak cukup bagi sesetengah rakyat Afrika Selatan.
H&M mengambil keptusan untuk menutup sementara kesemua cawangannya di Afrika Selatan bermula Sabtu lepas selepas beberapa penunjuk perasaan dengan merosakkan beberapa lokasi kedai.
That @hm nonsense of a clothing store is now facing consequences for its racism. All rational people should agree that the store should not be allowed to continue operating in South Africa. Well done to Fighters who physically confronted racism. pic.twitter.com/cgdedYGoOj
— Floyd Shivambu (@FloydShivambu) January 13, 2018

Penunjuk perasaan ini dikatakan mewakili kumpulan Economic Freedom Fighters. Untuk keselamatan para pekerja, H&M menutup sementara operasi untuk 17 butik H&M di Afrika Selatan.
Damage has been done dan reputasi jenama H&M akan ambil masa untuk pulih terutamanya di negara Afrika Selatan. Penyanyi The Weeknd juga sudah tidak mahu bekerjasama dengan jenama H&M kerana kontroversi yang melanda jenama ini.
Look at the lawlessness!!! This is at H&M pic.twitter.com/UvpHEYS9dQ
— Yusuf Abramjee (@Abramjee) January 13, 2018