Selepas mengambil alih 21st Century Fox, bermakna Disney kini memegang hak untuk banyak filem hebat oleh 20th Century Fox yang pernah kita tonton sebelum ini.

Disney turut akan melancarkan servis perkhidmatan streaming mereka sendiri, Disney+ tidak lama lagi. Salah satu cara untuk mereka membangunkan Disney+ adalah dengan menghasilkan kembali siri hebat oleh Fox sebelum ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Masih ingat siri klasik Home Alone? Siri ini telah disahkan antara karya yang akan di reboot oleh Disney untuk Disney+. Ramai yang teruja dengan berita ini dan aktor asal filem ini, Macaulay Culkin turut berseloroh ‘mahu’ menyertai siri ini semula.

Selain itu, pengarah Disney, Robert Iger berkata siri Night At The Museum, Diary Of A Wimp Kid dan Cheaper By The Dozeb turut akan dihasilkan semula oleh Disney.

Semua franchise ini sememangnya menjana pendapatan yang hebat untuk 20th Century Fox sebelum ini. Jadi, semua siri ini pasti dapat membantu Disney dalam membangunkan Disney+.

Setakat ini, masih belum disahkan sama ada semua siri ini akan muncul hanya di Disney+ sahaja atau pawagam. Kita tunggu dan lihat apa perancangan Disney untuk semua filem Fox yang kini di bawah seliaan mereka.