Baru-baru ini saya berkesempatan ke Dengkil serta mencuba menginap di D’Muslim homestay ini. Gambar pun sebenarnya saya ambil dari Facebook homestay tersebut kerana tidak sempat mengambil gambar. Almaklumlah, sampai-sampai sahaja semua pakat mahu cop-cop bilik, tetapi jangan risau kerana semua sama sahaja keadaannya.

Homestay ini mempunyai 6 bilik beserta penghawa dingin. Di homestay ini terdapat bilik dengan katil single dan ada bilik yang ada katil queen dimana bilik agak selesa pada pendapat kami. Malah, dalam bilik itu disediakan lagi selimut dan bantal lebih. Bagi anda yang memiliki keluarga yang besar mungkin sampai 10 buah keluarga yang tidak mempunyai bilik boleh tidur ramai-ramai di ruang tamu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

26734266_1599365710152968_6298117185608059792_n

26229985_1599365750152964_1092415125563368629_n

26731691_1599365926819613_3771736492204357459_n

Terdapat empat bilik air di homestay ini. Dalam erti kata lain, anda tidak perlu lagi menunggu giliran sekiranya ingin menggunakan bilik air. Berdekatan kolam renang juga terdapat bilik air. Homestay ini juga dilengkapi dengan dapur yang luas dan dilengkapi peralatan memasak yang cukup. Air Coway pun ada jadi anda tidak perlu susah-susah jerang air minuman.

Terdapat empat ruang tamu dimana ruang tamu di bahagian depan dilengkapi TV dan astro serta ada kerusi yang empuk manakala ruang tamu yang lain terletak di berdekatan dapur dan siap sekali ruang makan dilengkapi meja untuk menghidang makanan yang agak besar. Kemudian, sebuah lagi pula bersebelahan ruang tamu utama dan ruang tamu terakhir adalah berdekatan dengan kolam renang.

26219229_1599365560152983_7437085470233783059_n

26731741_1599365643486308_3531390108520344599_n

26229745_1599365610152978_3006454036725464284_n

Paling menarik homestay ini kerana terdapat kolam renang  peribadi yang menyediakan ruang mandi untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Malah, siap ada gelongsor, jika anda hanya mahu bersantai-santai dan melepak, ada kerusi khas disediakan di tepi kolam renang beserta penyidai kain-kain yang basah untuk mengeringkan pakaian.

Buat yang anda sedang merancang untuk menjalankan aktiviti BBQ, inilah tempatnya. Homestay ini menyediakan tempat untuk anda berBBQ dengan peralatannya serta disediakan kerusi meja untuk keluarga-keluarga anda semua menikmati hidangan BBQ dengan selesa di luar rumah.

26230550_1599365373486335_716517167206352355_n

26238873_1599365520152987_5716188988463813404_n

26239116_1599365863486286_430769931706772891_n

Tempat meletak kenderaan juga besar yang boleh memuatkan untuk lima hingga enam kereta sekaligus. Apa tunggu lagi, rancanglah percutian hari keluarga anda di sini pula. Pasti anda pun puas hati.

Homestay ini terletak di dua lokasi iaitu D’ Muslim homestay terletak di Kg Bukit Changgang dan Dengkil. Bagi anda yang ingin menginap disini, anda boleh ke Facebook D’Muslim homestay dan D’Muslim Diamond. Harga adalah berbeza untuk kedua-dua homestay ini.

26730795_1599365160153023_1153716389137907119_n

26804498_1599365220153017_5915458404111686028_n

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.