Homie KL merupakan satu lagi tempat penginapan dengan konsep Bed & Breakfast serta dormitori yang dibuka di Malaysia. Terletak berhampiran dengan IKEA Cheras serta Bukit Bintang, Homie KL berada di lokasi yang strategik buat para tetamunya. Dapatlah nanti anda menjamu juadah bebola daging IKEA yang menjadi kegemaran ramai itu.

Homie KL (8)
Lobi Homie KL.

Selain itu, reka bentuk serta hiasan dalaman Homie KL juga bercirikan kontemporari dan simple. Para tetamu boleh bersantai di ruang-ruang yang disediakan oleh Homie KL. Jujur kami katakan, you feel almost at home di Homie KL.

Homie KL (13)
Bolehkah anda merasainya?

Dengan harga RM65 seorang untuk semalam, anda boleh menikmati pelbagai jenis kemudahan yang disediakan seperti sarapan, kemudahan WiFi, kemudahan komputer dengan akses internet, ruang menonton filem, ruang bersantai serta ruang membaca. Tambahan lagi, Homie KL turut menyediakan ruang kopi/teh dan kudapan yang boleh digunakan pada setiap waktu, jadi bolehlah anda mengisi perut sekiranya berasa lapar.

Homie KL (10)
Jom sarapan!
Homie KL (15)
Snack bar dengan pelbagai jenis kudapan.
Homie KL (1)
Ruang menonton filem.
Homie KL (16)
Ruang bersantai.
Homie KL (11)
Sudut komputer dengan akses internet.
Homie KL (2)
Ruang membaca.
Homie KL (3)
Lagi ruang untuk anda bersantai.

Terdapat pelbagai jenis bilik yang disediakan oleh pihak Homie KL, antaranya bilik dengan 4 katil, 6 katil dan juga 8 katil. Bilik berkeluarga juga turut disediakan iaitu dengan kemudahan 3 katil. Menariknya, ruang dalaman bilik cukup luas dan bagi yang Muslim, tidak menjadi masalah untuk anda menunaikan solat di dalamnya.

Homie KL (14)

Homie KL (12)
Bilik untuk 4 tetamu.
Homie KL (7)
Bilik untuk 8 tetamu.
Homie KL (18)
Bilik berkeluarga.
Homie KL (4)
Ruang peribadi tetamu.
Homie KL (17)
Ruang dalaman bilik air.

Oh ya, Homie KL turut menyediakan juadah kek dan manisan yang melazatkan. Nanti, bolehlah anda singgah untuk menikmatinya!

Homie KL (9)

Untuk maklumat lanjut berkenaan Homie KL, anda bolehlah melayari laman web rasmi mereka. Mereka juga boleh dihubungi melalui talian 012-943 6217.

BACA: 13 Kafe Sekitar Kuala Lumpur Yang Mungkin Belum Anda Kunjungi Untuk Nikmati Kopi Dan Kek