Mula dilancarkan di beberapa negara di rantau Asia Tenggara, nampaknya giliran Malaysia untuk menerima model segmen-D sedan ini sudah tidak lama selepas Honda Malaysia mengesahkan pembukaan tempahan bagi model generasi terbaru Honda Accord.

Berdasarkan rekaan, Honda Accord pada kali ini tampil dengan rekaan yang tampak lebih sporty sekaligus menghilangkan imej klasik seperti model-model sebelum ini. Pada bahagian hadapan, Honda nampaknya turut menggunakan penggunaan grill yang besar seperti model Civic.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
3281647
Sumber: Bangkok Post

Honda-Accord-2018-1280-0c

Menariknya, Honda Accord yang bakal dilancarkan di Malaysia bakal menerima jumlah kuasa kuda dan tork yang lebih tinggi berbanding beberapa pasaran negara lain.

Penggunaan enjin 1.5L turbocharged membolehkan model ini menghasilkan 201 kuasa kuda dan 260 Nm tork. Penyertaan lampu LED pada lampu hadapan dan belakang, sistem kamera 360°, Smart Parking Assist System with Brake Assist dan Honda Sensing antara yang disertakan pada model ini.

Setakat ini masih belum diketahui harga rasmi bagi model generasi terbaharu daripada Honda ini. Harga melebihi RM200,000 antara yang dijangkakan melihat kepada tanda harga yang ditawarkan di Thailand iaitu sekitar RM216,000.

Honda Malaysia juga dijangka bakal membawa masuk Honda City 2020 tidak lama lagi. 

Honda City 2020 Dilancarkan Di Thailand Dengan Enjin 1.0 Liter Turbo

Suami Sanggup Curi Kereta Demi Penuhi Hasrat Isteri Mengidam Honda Jazz