Mulai dinantikan peminat tempatan sejak pada tahun selepas negara lain mula menerima model terbaharu ini lebih awal, akhirnya Honda Malaysia pada hari ini telah melancarkan dua model serentak iaitu Honda Accord dan Civic facelift 2020 secara rasmi.

Dari segi harga, kedua-dua model nampaknya menerima peningkatan harga berikutan ciri tambahan yang diperkenalkan serta kos menghasilkan model CKD yang meningkat.

Honda Accord

Berdasarkan rekaan, Honda Accord pada kali ini tampil dengan rekaan yang tampak lebih sporty sekaligus menghilangkan imej klasik seperti model-model sebelum ini. Pada bahagian hadapan, Honda nampaknya turut menggunakan penggunaan grill yang besar seperti model Civic.

3281647
Sumber: Bangkok Post

Honda-Accord-2018-1280-0c

Menariknya, Honda Accord yang dilancarkan di Malaysia menerima jumlah kuasa kuda dan tork yang lebih tinggi berbanding beberapa pasaran negara lain.

Penggunaan enjin 1.5L turbocharged membolehkan model ini menghasilkan 201 kuasa kuda dan 260 Nm tork. Penyertaan lampu LED pada lampu hadapan dan belakang, sistem kamera 360°, Smart Parking Assist System with Brake Assist dan Honda Sensing antara yang disertakan pada model ini.

Honda Civic 2020
Careta Honda Civic 2020 24
Sumber: Careta
Careta Honda Civic 2020 28
Sumber: Careta

Mengulas mengenai Honda Civic 2020, model ini dilengkapi dengan ciri keselamatan terkini iaitu Honda Sensing. Selain itu, beberapa kemas kini dari segi rekaan dapat dilihat dengan kehadiran grill dan Honda Wing berwarna hitam. Selain itu, sport rim 18-inci antara yang ditawarkan bagi varian 1.5TC-P.

Harga

Dari segi harga, kedua-dua model dilihat menerima peningkatan harga berikutan kemas kini yang ditampilkan serta kos menghasilkan model CKD yang semakin meningkat.

Honda Accord mulai ditawarkan dengan varian 1.5TC dengan harga RM185,900 manakala varian 1.5TC-P hadir dengan harga RM195,900 tidak termasuk insuran. Honda Civic 2020 pula mulai ditawarkan dengan harga RM113,600 bagi varian 1.8S, model 1.5TC dan 1.5TC-P masing-masing ditawarkan dengan harga RM129,600 dan RM139,600

Honda Malaysia pada minggu lalu telah mengumumkan peningkatan harga bagi model City, Jazz dan CRV. Turut dikongsikan, Honda Civic Type R 2020 yang hadir dengan kemas kini yang lebih menarik.

Honda Malaysia Umum Peningkatan Harga Model City, Jazz Dan CRV Sehingga RM12,700

Lihat Honda Civic Type R 2020 Edisi Terhad Dengan Kemas Kini Yang Lebih Memukau

Sumber