Pada malam semalam Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) telah melancarkan model skuter terbaharu Honda ADV150 2021 untuk pasaran Malaysia menerusi satu sesi Facebook Live.

Sebelum memasuki pasaran Malaysia, model skuter yang menjadi buruan orang ramai ini telah dipasarkan di beberapa negara terlebih dahulu seperti Singapura, Thailand, Indonesia dan USA.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
2021 Honda ADV150 Front Left
Sumber Gambar: ultimatemotorcycling.com
Sumber Gambar: ultimatemotorcycling.com
Sumber Gambar: ultimatemotorcycling.com
Sumber Gambar: ultimatemotorcycling.com

Honda ADV150 2021 ditawarkan dengan dua varian untuk beberapa pasaran di luar negara. Tetapi di Malaysia, BSH hanya menawarkan varian tertinggi sekali iaitu model yang menggunakan sistem ABS.

Ia dilengkapi dengan enjin eSP (Enhanced Smart Power) berkapasiti 149cc  dengan transmisi automatik V-Matic. Kuasa maksimumnya boleh mencapai 14.6hp pada 8,500rpm dengan tork maksimum 13.9Nm pada 6,500rpm.

vocket-Honda-ADV-150-Vivacity Red-1
Sumber Gambar: Motorcycle.com
vocket-Honda-ADV-150-Mat-Charcoal-Gray-Metallic-1
Sumber Gambar: Motorcycle.com

Model skuter ini ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Vivacity Red dan Mat Charcoal Gray Metallic. Harga yang ditawarkan bagi kedua-dua warna ini ialah RM11,999 (tidak termasuk kos-kos yang lain). BSH turut memberikan jaminan selama dua tahun atau 20,000km (mana yang lebih dahulu).

Bagi peminat-peminat model skuter ini, anda boleh lawati pengedar sah Honda atau hubungi nombor Bebas Tol Honda di 1-800-88-3993 atau boonsiewhonda.com.my.

Baca lagi artikel-artikel pilihan pembaca The Vocket sepanjang minggu ini melalui pautan di bawah.

Pilih ‘Van Pasar Malam’ Sebagai Projek PKP, Lelaki Ini Buktikan Mampu Hasilkan Campervan Sendiri

Miliki Kereta BMW Pada Usia 18 Tahun, Rupanya Beli Guna Wang Edar Dadah

Sering Tayang Video Pandu Kereta Laju, Lelaki Ini ‘Kantoi’ Bila Polis Jumpa Bahan Bukti