Sejak pandemik COVID-19 melanda, boleh dikatakan hampir semua syarikat automotif telah terkesan. Syarikat yang dulunya stabil kini semakin lemah manakala syarikat yang lemah penjualannya kini semakin tenat.

Menerusi laporan terbaru, siapa sangka Honda telah mengambil sebuah keputusan yang belum pernah dibuat syarikat lain dengan mengarahkan akauntan mereka untuk turut serta membuat kerja pemasangan kereta.

BeFunky-collage-3
HYPE
NH Detoxlim Tawar Diskaun Sehingga 50% Di Lazada Buat Netizen Teruja
Baca lagi →
Inside A Honda Motor Co. Facility As Company Rejects Robots

Sumber: autonews

Apa yang lebih mengejutkan, arahan yang diterima ini merupakan paksaan daripada syarikat Honda buat para akauntan selepas arahan secara sukarela pada awalnya kurang mendapat sambutan. Pastinya agak kekok buat para akauntan yang sebelum ini lebih selesa dengan nombor kini terpaksa membiasakan diri dengan mesin pemasangan kereta.

Difahamkan kerja sementara waktu ini terpaksa dibuat bagi mengisi kekosongan para pekerja Honda yang tidak dapat hadir ke kilang di Maryvillet, Ohio berikutan pandemik COVID-19. Para akauntan ini dilaporkan terpaksa bekerja dengan susana baharu ini sehingga pertengahan Ogos ini.

Kehadiran COVID-19 ternyata memberi kesan buat Honda dimana syarikat ini mengalami penurunan penjualan sebanyak 14.6% setakat Mei berbanding tahun lalu. Pemilihan untuk menghentikan pengeluaran kereta sepanjang dua bulan bermula pada bulan Mac antara yang memberi kesan kepada syarikat ini.

Pada bulan lalu, syarikat ini memberi bayangan Honda Civic Type R generasi baharu bakal dilancarkan seawal tahun hadapan.

Honda Civic Type R Generasi Baharu Bakal Diperkenalkan Seawal Tahun Hadapan

Casio Hasilkan Model Eksklusif HondaJet x G-Shock GWR-B1000HJ

Anda Mungkin Suka