Laris di negara orang tidak semestinya popular di negara sendiri. Itulah nasib yang terpaksa ditanggung oleh pihak Honda Jepun selepas gagal memperoleh jumlah jualan seperti yang diharapkan menerusi beberapa model keluaran mereka.

Menerusi laporan yang dikeluarkan, Honda Jepun sedia menghentikan penjualan tiga model popular mereka iaitu Honda Civic Turbo sedan, Honda City serta Honda Jade.

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →
IMG-20160609-WA0021-1200×675

Sumber: hypertune

b2fe5872e4f41c7aea6acf5357b2d22c-700

Difahamkan, jumlah penjualan yang rendah antara yang menjadi punca Honda Jepun menghentikan penjualan model-model ini. Model keluaran Civic hatchback walau bagaimanapun masih diteruskan sehingga kini.

Pemilihan serta minat warga Jepun terhadap model kereta yang ditawarkan antara yang menjadi punca. Sebagai perbandingan, Honda Freed selaku model kereta 7 tempat duduk dengan rekaan yang lebih berkotak jauh lebih laris berbanding Honda Jade.

Honda Malaysia baru bulan Februari lalu baru sahaja melancarkan model facelift Honda Civic serta Honda Accord generasi terbaru.

Honda Accord Generasi Baharu Dan Civic 2020 Dilancarkan Secara Rasmi

Casio Raikan 20 Tahun Koleksi Jam Tangan Edifice Dengan Kerjasama Honda Racing

Anda Mungkin Suka