Setelah berkongsi video teaser pada bulan Oktober dan membuka pra-tempahan pada bulan November lalu, akhirnya berita baik buat peminat Honda telah tiba kerana model Honda City Hatchback telah dirasmikan sebentar tadi.

Orang ramai sedia maklum bahawa model Honda City Hatchback ini merupakan pengganti kepada model Honda Jazz yang tidak lagi ditawarkan di pasaran Asia Tenggara dan model terakhir yang dibuat di Malaysia telah meninggalkan kilang pengeluaran pada pertengahan Oktober lalu.

Sumber Gambar: Facebook Careta
Sumber Gambar: Facebook Careta

Model hatchback ini ditawarkan untuk pasaran Malaysia dengan enjin petrol tiga varian iaitu 1.5 S, 1.5 E dan 1.5 V. Honda Malaysia juga bakal memperkenalkan model hatchback dikuasakan enjin petrol elektrik i-MMD, e:HEV RS hibrid sekitar pada awal tahun hadapan.

Sudah pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana pula dengan harga model hatchback ini, untuk model asal 1.5 S harga bermula RM75,670, varian pertengahan 1.5 E (RM83,080) dan varian tertinggi 1.5 V (RM87,860). Namun untuk model kali ini, ketiga-tiga varian tidak ditawarkan dengan teknologi keselamatan Honda Sensing, cuma varian e:HEV RS hibrid sahaja yang menerima teknologi keselamatan tersebut.

Harga-harga yang diumumkan oleh pihak Honda Malaysia adalah harga kenderaan atas jalan tanpa insurans termasuk rebat cukai jualan dan perkhidmatan (SST), waranti mileage tanpa had selama lima tahun dan 5 kali kos buruh percuma untuk servis.

Manakala untuk model e:HEV RS hibrid pula, Honda Malaysia memberikan waranti selama lapan tahun, mileage tanpa had untuk bateri lithium-ionnya.

Sumber Gambar: Facebook Careta

Bagi ketiga-tiga varian petrol, model hatchback ini dikuasakan dengan 1.5-Liter DOHC i-VTEC 4-Silinder yang menghasilkan 119hp, 145Nm tork, dipadankan dengan kotak gear CVT automatik dan menggunakan pacuan roda hadapan (front wheel drive / FWD).

Manakala untuk varian hibrid pula, ia dikuasakan dengan unit rangkaian kuasa hibird i-MMD yang mempunyai enjin 1.5 liter i-VTEC kitaran-Atkinson 96hp dan 127 Nm tork, serta dua motor elektrik iaitu generator motor unit (MGU).

MGU berfungsi sebagai motor penghidup dan pengecas semula bateri hibrid, bersama satu lagi motor utama yang digelar sebagai Traction Motor.

Sumber Gambar: Laman Web Wikipedia.org
Sumber Gambar: Laman Web Motorist.sg
Sumber Gambar: Laman Web NamasteCar

Honda City Hatchback ditawarkan dengan lima pilihan warna, Ignite Red serta Meteorite Grey Metallic sebagai warna baharu dan Platinum White, Crystal Black Pearl dan Lunar Silver Metallic sama seperti ditawarkan pada model City Sedan.

Memetik laporan Paultan.org, pihak Honda Malaysia telah menerima kira-kira lebih 2,000 tempahan sejak tempahan untuk model hatchback ini dibuka kepada orang ramai pada awal November lepas.

Jika anda berminat untuk mendapatkan model Honda City Hatchback ini, bolehlah melawat mana-mana cawangan pusat pameran dan jual berhampiran anda dalam masa terdekat atau layari laman web rasmi Honda Malaysia di sini.

Pada pertengahan Oktober lalu, model terakhir Honda Jazz yang dikilangkan di Malaysia telah meninggalkan kilang Pegoh, Melaka. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Honda Secara Rasmi Tamatkan Pengeluaran Model Jazz Di Malaysia

Bakal Ganti Jazz, Honda Malaysia Kongsi Video ‘Teaser’ City Hatchback

Tempahan Honda City Hatchback 2022 Kini Dibuka, Hadir Dengan Teknologi ‘Honda Sensing’