Pada awal Disember lalu, Honda Malaysia telah mengumumkan harga rasmi untuk tiga varian Honda City Hatchback bermula pada RM75,670. Bagaimanapun, ketika itu harga untuk varian tertinggi iaitu ‘RS e:HEV’ tidak diumumkan pada waktu yang sama.

Selepas hampir dua bulan, akhirnya harga untuk model tersebut telah diumumkan dengan nilai RM107,783, termasuk pengecualian cukai jualan sehingga 30 Jun 2022 nanti dan tidak termasuk harga insuran.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Honda Malaysia menawarkan varian tersebut dengan perlindungan waranti selama lima tahun tanpa had perbatuan, serta diberikan servis percuma (kos upah sahaja) sebanyak lima kali sama seperti model-model baharu Honda yang lain.

Model hibrid ini dikuasakan dengan i-MMD (intelligent-Multi Mode Drive) yang terdiri dari enjin 1.5 liter i-VTEC Atkinson-cycle menghasilkan kuasa 107HP dan tork maksima 253Nm.

Pihak Honda mendakwa angka penggunaan bahan api sebanyak 3.6 liter untuk setiap 100 km. Daripada segi kelajuan pula, RS e:HEV boleh memecut dari kosong ke 100km/j dalam tempoh 9.7 saat dan kelajuan maksima mencecah 175 km/j.

Sumber Gambar: Honda
Sumber Gambar: Honda
Sumber Gambar: Honda

Jika anda berminat untuk mendapatkan model Honda City Hatchback ini, bolehlah melawat mana-mana cawangan pusat pameran dan jualan berhampiran atau layari laman web rasmi Honda Malaysia di sini.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Baca lebih lanjut mengenai model Honda City Hatchback baharu ini yang menggantikan model Jazz melalui pautan di bawah.

Honda City Hatchback Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia, Harga Rasmi Bermula RM75,670

Tempahan Honda City Hatchback 2022 Kini Dibuka, Hadir Dengan Teknologi ‘Honda Sensing’

Sumber