Mula dilancarkan di Thailand pada penghujung tahun lalu, akhirnya model Honda yang menjadi pilihan ramai iaitu City sedia hadir generasi terbaru buat pasaran Malaysia.

Kehadiran model ini nyata membuatkan orang ramai teruja apatah lagi sebelum ini dikaitkan dengan enjin 1.0 turbo. Dalam pada itu, Honda Malaysia nampaknya memilih untuk menawarkan enjin 1.5 NA dengan sokongan sistem i-MMD bagi varian RS.

pexels-aldo-picaso-1138171
HYPE
Rambut Gugur Dan Tidak Sihat, Ini 5 Punca Wanita Berhijab Sering Berdepan Masalah Rambut
Baca lagi →

Careta City RS Teaser 2020 03

Di sebalik penawaran enjin NA, Honda City RS 2020 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi ini nyata tidak mengecewakan ramai apabila diumumkan enjin ini sedia menawarkan tork sehingga 253Nm.

Malah, pihak Honda Malaysia turut berbangga membandingkan model ini bersama model-model pesaing yang terdiri daripada Toyota Vios dan Toyota Camry dengan enjin 2.5 liter.

10000000_2396431593992868_3473057196122517298_n.mp4_snapshot_01.28_[2020.08.14_12.39.31]

Dari segi kemasan luar, Honda City RS 2020 hadir lampu utama LED hadapan dan belakang. Varian RS bakal menawarkan pengguna dengan rim 16-inci, sistem keselamatan Honda LaneWatch serta brek parkir elektronik.

Careta City RS Teaser 2020 04

05b82d5b3408e6737b44a8eaed8e60414341712740422

Setakat ini masih belum diumumkan tanda harga rasmi bagi model idaman ramai ini. Para pengguna yang berminat berpeluang membuat tempahan khas terhadap model ini dimana Honda Malaysia sedia menawarkan baucer servis bernilai RM1,000. Honda City RS 2020 sedia membuat penjelajahan seluruh negara bermula 24 Ogos ini.

Anda boleh tonton iklan Honda City RS 2020 dibawah. Serius nakal gaya Honda Malaysia membandingkan model terbaru mereka bersama model-model pesaing.

Selain Honda City RS 2020 yang bakal dilancarkan, Honda dijangka bakal melancarkan Honda Civic Type R seawal tahun hadapan.

Honda Civic Type R Generasi Baharu Bakal Diperkenalkan Seawal Tahun Hadapan

Alami Kekurangan Pekerja, Honda Paksa Akauntan Membuat Kerja Pemasangan Kereta

Anda Mungkin Suka