Pada pertengahan bulan Disember lepas, Honda Malaysia telah membuka tempahan untuk model Honda Civic generasi ke-11 yang juga dikenali sebagai Honda Civic FE.

Awal pagi tadi, secara rasminya Honda Civic 2022 dilancarkan ke pasaran Malaysia. Difahamkan sejak tempahan dibuka pada tahun lalu, sebanyak 1,200 unit tempahan diterima dan Honda Malaysia menyasarkan jualan sebanyak 900 unit sebulan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk model baharu kali ini, Honda Malaysia menawarkan tiga varian dengan model asas Civic 1.5L E berharga RM125,635, Civic 1.5 V (RM138,043) dan model berspesifikasi tinggi Civic RS pada harga RM144,350.

Harga yang ditawarkan tersebut tidak termasuk insurans dan telah ditolak rebat cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kerajaan yang sah sehingga 30 Jun. Setiap pembelian disertakan dengan waranti lima tahun, perbatuan tanpa had dan lima servis dengan kos buruh percuma hanya di Honda Malaysia sahaja.

Model Honda Civic FE hadir dengan standard enjin 1.5 liter turbo VTEC dipadankan dengan transmisi CVT yang menghasilkan 179hp dan 240Nm tork. Ia mampu memecut 0-100km/j dalam masa sekitar 8.5 saat bergantung pada jenis varian. Manakala penggunaan bahan api pula, 6.0 liter setiap 100km untuk varian E dan V dan 6.3 liter setiap 100km untuk varian RS.

Setiap varian model ini juga dilengkapi dengan pelbagai teknologi keselamatan Honda Sensing terkini seperti sistem bantuan pemandu, bantuan brek kecemasan, kawalan pelayaran adaptif, bantuan kekal lorong tengah, bantuan lampu high beam, amaran pelanggaran bahagian hadapan dan pelbagai lagi.

https://www.youtube.com/watch?v=wKgOc7bjrPU&t=31s

Menurut laman Paultan.org, penghantaran kereta ini kepada pelanggan akan bermula pada minggu hadapan, dengan masa menunggu dijangka antara satu hingga dua bulan bergantung pada varian.

Jika anda berminat untuk menempah model Civic terbaharu ini, anda boleh kunjungi mana-mana pengedar sah Honda di seluruh Malaysia atau hubungi talian bebas tol 1-800-88-2020 atau layari laman web www.honda.com.my.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Honda Malaysia turut melancarkan Honda City Hatchback untuk pasaran tempatan. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Honda City Hatchback Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia, Harga Rasmi Bermula RM75,670

Honda Secara Rasmi Tamatkan Pengeluaran Model Jazz Di Malaysia

Sumber