Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Penantian yang dinantikan peminat Type R di Malaysia akhirnya akan berakhir apabila Honda FK8 Honda Civic Type R sudah boleh ditempah. Harga rasmi telah diperkenalkan oleh pihak Honda; RM320,000 on-the-road tidak termasuk insuran dan cukai jalan.

Model Civic Type-R ini juga diimport terus daripada kilang Honda di Swindon, UK menjadikan kereta ini lebih istimewa. Honda menetapkan sasaran jualan 100 unit kereta ini setahun dan model ini sudah pun menerima 60 tempahan awal yang dibuka sejak Oktober lalu.

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →

Civic Type-R ini akan dikuasakan enjin 2.0l VTEC turbo yang bakal menghasilkan kuasa 320hp dengan kelajuan 6-transmisi. Model ini mampu mencecah kelajuan 170mph (270KM/J) dan menurut Honda, rekaan aerodinamik model terbaru ini bakal memberi pemanduan lebih hebat kepada pemandu.

Padanan warna hitam dan merah untuk kemasan dalaman menambahkan lagi kegarangan Civic Type-R ini. Ada yang sudah jatuh cinta dengan model ini? Boleh sudah bertanya di showroom Honda berdekatan anda.