Sebut mengenai Honda Civic pasti ramai yang cukup mengenalinya. Buat peminat automotif, jenama Type R yang mula ditawarkan pada model Civic pada tahun 1997 pastinya tidak asing lagi khususnya buat peminat Honda.

Terbaharu, selepas hampir empat tahun di pasaran sejak mula diperkenalkan pada tahun 2017, Honda dilaporkan sedia memperkenalkan Honda Civic Type R generasi terbaharu seawal tahun hadapan.

Generasi terbaru atau generasi kesebelas daripada Honda Civic Type R ini sekaligus bakal menawarkan rekaan serba baharu dengan enjin yang lebih berkuasa daripada Honda. Berikut merupakan gambar Honda Civic Type R generasi kesebelas yang tertiris.

11th-Gen-Civic-Type-R-Passenger-Side-View-03
Sumber: Civic X
11th-Gen-Civic-Type-R-Front-Bumper-01
Sumber: Civic X
11th-Gen-Civic-Type-R-Passenger-Side-View-01
Sumber: Civic X

Setakat ini masih belum dipastikan spesifikasi enjin yang bakal ditawarkan buat generasi terbaru Civic Type R ini. Berdasarkan ura-ura, enjin dengan jenis hybrid antara yang bakal digunakan pada model ini.

Pengenalan Honda Civic Type R generasi baharu ini sekaligus menandakan Honda juga sudah bersedia untuk memperkenalkan model Honda Civic sedan seawal 2022 yang lebih digunakan oleh orang ramai.

Pada bulan lalu, Honda Malaysia telah menurunkan harga kereta mereka sehingga RM9,502.47. Ketahui lebih lanjut dengan klik pautan di bawah.

Honda Malaysia Turunkan Harga Kereta Sehingga RM9,502.47

Dianggap ‘Rare’, Honda Civic Ini Telah Dijual Dengan Harga RM213,525