Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Sebuah Honda Civic Type R milik warga Singapura yang dicuri di Sky Avenue Mall, Genting Highlands 16 Julai lalu telah dijumpai semula di kawasan tempat letak kereta sebuah kondominium di Sepang, petang 19 Julai.

Untuk mengelak kereta itu dikesan, pencuri telah mencabut pelekat decal racing dan menukar nombor plat asal ke nombor plat Malaysia.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Memetik portal dari Singapura, seorang pengawal keselamatan ternampak satu Honda Civic yang ‘mencurigakan’ masuk ke premis kondominium.

Polis Bentong menyatakan kenderaan terbabit disorokkan dalam premis kondominium itu pada hari sama kenderaan terbabit dicuri.

Sumber Gambar: Facebook SG Road Vigilante

Pengawal keselamatan membuat keputusan untuk melaporkan perkara itu kepada pihak polis selepas melihat pelekat decal memenuhi badan kereta berkenaan, bahkan warna kenderaan juga sama seperti yang tular di media sosial.

Sejurus pihak polis sampai ke lokasi, kereta itu disahkan kenderaan yang dicuri. Polis memuji tindakan pantas pengawal keselamatan itu berjaya menyelesaikan kes yang melibatkan dua negara berjiran ini.

Pemilik Honda Civic itu yang dikenali sebagai Damien memberitahu Mothership.sg, berdasar ‘pengecaman awal’ didapati pencuri telah mengeluarkan rim 18-inci, sistem audio dan kamera daripada keretanya.

Sumber Gambar: Asia One

Damien menyatakan dia akan kembali ke Malaysia bersama keluarga pada Isnin minggu hadapan untuk mengambil semula keretanya dan menghantarnya ke bengkel untuk melihat kesan kecurian lebih teliti.

Tambahnya lagi, dia akan membaik pulih kereta berkenaan seperti keadaan asal.

“Paling penting sekali saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada Polis Malaysia dan anggota terlibat kerana berjaya bantu temukan semula kereta saya yang hilang,” ujar Damien menerusi Mothership.sg.

Dalam portal The New Paper, Damien menyatakan empat lelaki telah ditangkap semalam, 20 Julai berhubung kecurian itu.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Baca lagi beberapa artikel terbaharu yang menjadi pilihan pembaca The Vocket sejak beberapa hari lalu melalui pautan-pautan di bawah.

Perdana Menteri Lancar Perodua Alza Baharu Dengan Harga Rasmi Bermula RM62,500

‘Improve Service Dulu Sebelum Nak Tegur Orang’ – Cubaan Rapid KL Tegur Penumpang Makan Diri

Bimbang Berlaku Sesuatu, Haqiem Stopa Kesal Individu Sebar Gambar Kertas Samannya