Semalam Honda Malaysia telah mengumumkan harga rasmi untuk model Honda City RS e:HEV. Model ini dilengkapi dengan sistem Honda Connect di mana anda dapat mengakses pelbagai fungsi melalui aplikasi telefon pintar khusus untuk kedua-dua peranti Android dan iOS.

Terdapat tiga kategori berasingan pada sistem ini Safety, Security dan Convenience. Anda boleh sentiasa terhubung dengan kereta mereka di mana sahaja dan bila-bila masa. Lihat fungsi-fungsi yang ada pada Honda Connect.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
vocket-honda-connect-1
Sumber Gambar: Paultan.org

Safety

Automatic Collision Detection — Memberikan sokongan segera kepada pemandu melalui pusat panggilan 24 jam Honda Malaysia sekiranya berlaku kecemasan.

Security Alarm Detection — Sekiranya terdapat cubaan masuk ke dalam kereta secara kasar melalui pintu, bonet hadapan atau belakang, notifikasi akan dihantar kepada anda dan pusat panggilan Honda. Pada masa yang sama alarm kereta turut akan berbunyi untuk mengurangkan kecurian kereta.

Speed Alert —Sistem akan menghantar notifikasi apabila kereta bergerak melebihi had laju tertentu.

vocket-honda-connect-honda-city-1
Sumber Gambar: Paultan.org

Security

Find My Car — Fungsi dalam aplikasi ini membolehkan anda mencari kenderaan dengan lebih mudah menggunakan peta. Ia sangat berguna sekiranya berlaku kecurian atau anda terlupa di mana anda meletak kenderaan.

Geo-fencing Alert —Notifikasi akan dihantar kepada anda apabila kereta tersasar dari radius pemanduan yang telah ditetapkan.

Emergency Call — Anda boleh terus menghubungi individu penting dengan cepat sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

vocket-honda-connect-honda-city-5
Sumber Gambar: Paultan.org

Convenience

Car Status — Anda boleh periksa status kereta melalui dashboard aplikasi, yang menunjukkan keadaan pintu kereta, voltan bateri dan beg udara. Dashboard ini juga menyediakan akses ke tingkah laku memandu dan log perjalanan untuk mengesan dan merekod gaya pemanduan dengan data pemanduan dari kenderaan. Anda juga boleh berkongsi di media sosial.

Remote Vehicle Control — Anda boleh membuka atau mengunci kereta mereka terus dari aplikasi Honda Connect. Lebih hebat lagi, anda boleh meminta pusat panggilan Honda untuk membuat kereta sekiranya anda tertinggal kunci di dalam kereta.

Selain itu, Honda Connect dapat bantu menghidupkan atau menghentikan enjin kereta, membuka atau menutup penghawa dingin dan membuka lampu pada waktu malam.

Service Reminder — Anda dapat tahu kesemua maklumat servis penyelanggaraan masa lalu dan peringatan untuk servis pada masa akan datang. Aplikasi ini juga menunjukkan senarai alat ganti dan anggaran kos yang perlu dikeluarkan. Tambahan, anda juga akan diingatkan tarikh pembaharuan insurans dan juga cukai jalan tahunan.

Buat masa ini Honda Connect sudah boleh terus dipakai pada kereta varian RS e: HEV City terbaru. Honda Malaysia telah mengesahkan kereta-kereta sedia ada tidak boleh dipasang sistem ini dan tidak dapat dipastikan samada model-model kereta lain akan mendapat Honda Connect pada masa akan datang.

Anda boleh tonton video penuh pelancaran Honda Connect yang kami kongsikan di atas. Skip ke minit 30:00 untuk terus lihat pelancaran tersebut bermula.

Honda Malaysia telah umumkan harga model Honda City RS e:HEV bermula RM106,000. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Lengkap Teknologi Baru Dan Canggih, Harga Honda City RS e:HEV Bermula RM106,000

Honda City RS 2020 Dengan Tork 253Nm Dibuka Untuk Tempahan

Honda Lancar Legend Hybrid EX, Lengkap Dengan Sistem ‘Auto-Pilot’ Tahap 3

Sumber