Semalam Supreme New York memperlihatkan barisan aksesori yang akan dilancarkan oleh jenama itu untuk keluaran musim Luruh/Sejuk 2019. Paling menarik perhatian adalah kolaborasi Supreme bersama jenama dari Jepun, Honda.

Model gaya scrambler, CRF 250R dipilih untuk kolaborasi ini. Motosikal motocross ini akan dibekalkan absorber Showa dan dapat dilihat tulisan Supreme gah tertulis di bahagian sisi motosikal ini.

Screenshot 2019-10-30 at 11.50.31 PM
HYPE
Shuk Kongsi Pengalaman Seram Dan Mengejutkan Ternampak ‘Entiti’ Di Set Penggambaran
Baca lagi →

Untuk pengetahuan, model CRF 250R ini dijual pada harga sekitar RM28,000 di Malaysia dan disebabkan ianya kolaborasi bersama Supreme, jangkakan kenaikan harga untuk model ini sehingga dua atau tiga kali ganda. Mungkin tahun hadapan Supreme akan kolaborasi bersama jenama motosikal lain pula? Kita tunggu dan lihat.

Anda Mungkin Suka