Baru-baru ini Boon Siew Honda memperkenalkan ‘Honda EX5 Edisi 35 Tahun’ bagi meraikan model Honda EX5 yang sudah terjual sebanyak 2 juta unit dan bersempena peringatan khas ulang tahun ke-35 sejak model tersebut diperkenalkan pada tahun 1987.

Model ini hadir dalam warna ‘Extravagant Gold Metallic‘ sebagai peringatan khas dan tambahan lambang ulang tahun ke-35. Honda EX5 Edisi 35 Tahun mempamerkan gabungan imej warisan klasik dengan pandangan retro dan premium.

Sumber Gambar: Boon Siew Honda

Setiap 2,000 unit Honda EX5 edisi khas ini masih mengekalkan enjin satu silinder 110cc yang berupaya menghasilkan 8.5hp pada 7,500rpm dan 8.62Nm pada 5,500rpm.

Bagi menjamin tahap kecekapan pembakaran enjin yang optimum dan memastikan pelepas karbon rendah, motosikal ini menggunakan Programmed Fuel Injection (PGM-Fi) sama seperti model EX5 moden lain.

Sumber Gambar: Boon Siew Honda
Sumber Gambar: Boon Siew Honda

Bagi yang berminat untuk mendapatkannya, harga yang ditawarkan untuk sebuah ‘Honda EX5 Edisi 35 Tahun’ ini kira-kira RM5,198 sahaja, tidak termasuk kos pendaftaran, cukai jalan dan insurans.

Boon Siew Honda juga menawarkan waranti pembuatan selama 2 tahun atau 20,000km (mana yang datang terlebih dahulu).

Jika anda mempunyai niat menjadi salah seorang daripada 2,000 pemilik Honda EX5 edisi terhad ini, bolehlah pergi ke bilik pameran dan jualan motosikal Honda yang berhampiran atau klik sahaja pautan ini untuk semak kawasan dealer terdekat dengan anda.

Baca lebih lanjut model skuter Honda ADV150 yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia melalui pautan di bawah.

Honda ADV150 2021 Masuk Pasaran Malaysia Dengan Harga RM11,999

Honda RS150R 2020 Dilancarkan Dengan Harga Bermula Daripada RM8,199

Boon Siew Honda Lancarkan Model CBR1000RR ‘Fireblade’ SP