Honda Motor Corporation mula membuka cawangan di Australia pada 4 April 1969 dengan penjualan produk kecil (bukan kereta) pada mulanya. Bersempena dengan ulang tahun ke-50, Honda Australia memperkenalkan koleksi khas pelbagai produk seperti automotif dan peralatan elektrik bertemakan kemasan emas.

Antara produk automotif yang diperkenalkan dengan tema emas ini ialah hot hatch Honda Civic Type R dan Honda NSX. Selain itu barisan produk superbike juga turut disertakan seperti superbike CBR1000RR Fireblade, CRF450L dan CRF50F Kids Fun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

honda gold 50

honda gold 2

Pastinya daripada beberapa produk yang diperkenalkan, Honda Civic Type R dan Honda NSX semestinya menjadi tumpuan. Kemasan emas membuatkan kedua-dua kenderaan ini nampak lebih eksklusif dan mewah.

honda-s-50th-anniversary-in-australia

Bukan itu sahaja, edisi khas 50 tahun ini juga membawakan generator EU22i dan mesin pemotong rumput HRU19 Buffalo Premium.

honda gold 50

Honda gold

Kesemua kemasan warna emas ini direka oleh Vinyl Wraps & Graphics, sebuah syarikat kemasan kenderaan terkenal di Australia. Malangnya, kesemua model dalam koleksi ini adalah bukan untuk dijual dan hanya one off production sahaja. Tetapi mungkin boleh jad inspirasi untuk hias kereta Honda baharu anda nanti.