Pada bulan Disember 2020 yang lalu, pengeluar kereta terkenal dari Jepun, Honda telah memperkenalkan sebuah penapis udara penghalang virus untuk kereta yang dipanggil ‘Kurumaku’. Ia mampu menapis 99.8% virus yang ada pada udara di dalam ruangan kabin kereta dalam masa 15 minit.

Pihak Honda menyatakan ianya memakan masa beberapa tahun untuk membangunkan penapis udara ‘Kurumaku’ ini. Tetapi kerana pandemik COVID-19 masih merebak secara meluas, pasukan Honda terpaksa mempercepat projek pembangunan penapis udara ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Inspirasi daripada seekor ‘pepatung yang membersihkan sayapnya’

honda-kurumask-covid-19
Sumber Gambar: Asahi.com | Takaharu Echigo yang bertanggungjawab untuk membangunkan projek ini
honda-penapis-kurumaku-covid-19-2
Sumber Gambar: honda.co.jp
honda-penapis-kurumaku-covid-19-konsep-pepatung
Sumber Gambar: kuruma-news.jp

Pasukan yang membangunkan projek ini mendapat ilham dari satu penyelidikan akademik yang mendapati bahawa pepatung menggunakan anggota badan yang berbentuk ‘paku halus’ untuk membersihkan kedua-dua belah sayapnya.

“Kami mahu pemandu berasa selamat dan selesa walaupun tingkap kereta mereka ditutup dalam cuaca sejuk,” kata Takaharu Echigo yang bertanggungjawab untuk membangunkan projek penapis udara ‘Kurumaku’. Projek ini dibuat bersama-sama dengan pasukan di Kitasato Research Center for Environmental Science.

Bagaimanakah ‘Kurumaku’ ini berfungsi?

honda-kurumask-covid-19-gambar-rajah-15-minit
Sumber Gambar: honda.co.jp

‘Kurumaku’ boleh dipasang dengan mudah pada penapis kabin (cabin filter) dan berfungsi seperti ‘topeng muka’ untuk kereta. Ia menggunakan ‘paku halus’ bersaiz mikro pada permukaannya untuk menangkap dan merosakkan virus-virus yang melalui pengaliran udara di dalam penghawa dingin.

Pihak Honda telah menguji penapis udara ini dengan menggunakan kehadiran molekul E.coli phage. Hanya memerlukan 15 minit sahaja, ‘Kurumaku’ dapat menapis 99.8% virus yang ada, dan menapis sebanyak 99.9% virus dalam tempoh 24 jam. Menurut Honda, penapis udara ini mampu berkesan kira-kira selama satu tahun.

honda-kurumask-covid-19-penapis-udara
Sumber Gambar: Asahi.com
honda-penapis-kurumaku-covid-19-5
Sumber Gambar: Kuruma-news.jp

Penapis udara ini boleh didapatkan dengan berharga sekitar USD65 atau RM262 dan ia perlu ditukar selepas 14,967km. Buat masa ini penapis udara ‘Kurumaku’ hanya boleh digunakan pada kereta Honda model N-Box 25 sahaja. Pihak Honda juga mempunyai perancangan untuk memperluaskan lagi penggunaan penapis udara ini untuk model-model Honda yang lain pada masa akan datang.

Jika penapis udara ‘Kurumaku’ dikeluarkan untuk model kereta Honda anda, adakah anda akan membelinya?

Baru-baru ini, Honda Malaysia mengumumkan yang jenama Honda telah menjadi jenama bukan nasional paling laris di Malaysia selama 6 tahun berturut-turut. Baca lebih lanjut pada pautan di bawah.

https://www.thevocket.com/6-tahun-berturut-turut-honda-menjadi-jenama-kereta-bukan-nasional-pilihan-orang-malaysia/

https://www.thevocket.com/malaysia-merekodkan-32-3-juta-kenderaan-bermotor-pada-2020/

https://www.thevocket.com/proton-bakal-mengeluarkan-3-buah-kereta-edisi-terhad/

https://www.thevocket.com/10-kejayaan-yang-berjaya-dicapai-oleh-proton-sepanjang-2020/