Kereta SUV bersaiz kompak dari Jepun ini memang menjadi pilihan orang Malaysia. Pada tahun 2019 sahaja, hampir 15,000 unit telah berjaya dijual oleh Honda Malaysia.

Baru-baru ini Honda Jepun telah melancarkan model generasi ke-tiga Honda HR-V atau lebih dikenali sebagai Honda Vezel di negara tersebut. Ia hadir dengan lebih daripada 5 warna pilihan mengikut kesesuaian pelanggan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
vocket-honda-hrv-baru-1
Sumber Gambar: Honda.co.jp
vocket-honda-hrv-baru-2
Sumber Gambar: Honda.co.jp

Rekaan terbaru Honda-HRV ini nampak lebih matang dan garang berbanding dua model sebelum ini. Honda telah menawarkan model terbaru ini dalam empat varian iaitu Standard G, e: HEV Z, e: HEV PLaY dan e: HEV X.

Model terbaru Honda HR-V menggunakan powertrain hibrid sahaja terdiri daripada enjin 4 silinder 1.5 liter dan sebuah motor elektrik yang mampu menghasilkan kira-kira 96hp/97Nm dan 106hp/187Nm.

vocket-honda-hrv-baru-3
Sumber Gambar: Honda.co.jp
vocket-honda-hrv-baru-4
Sumber Gambar: Honda.co.jp

Pada ruangan kabin dalam pula, pihak Honda telah membawa pembaharuan pada bahagian dashboard. Rekaan baru nampak lebih segar dan kemas berbanding generasi model sebelum ini.

Rekaan kabin dalam baru ini menekankan keselesaan kepada pemandu dan penumpang dengan menggunakan konsep HMI (Human Machine Interface). Meter dan panel audio direka sebegitu rupa supaya pemandu mudah kendalikan dan menikmati pemandangan semasa pemanduan dalam masa yang sama.

vocket-honda-hrv-baru-5
Sumber Gambar: Honda.co.jp
vocket-honda-hrv-baru-6
Sumber Gambar: Honda.co.jp

Untuk keselesaan penumpang pula, kereta ini dilengkapi dengan Panorama Roof untuk penumpang melihat pandangan yang menarik semasa dalam perjalanan. Penumpang juga boleh mengawal corong pendingin hawa yang berada di bahagian kiri dashboard  samada mahu menikmati angin dari dalam atau luar kereta.

Pihak Honda turut telah berkongsi mengenai dua pakej aksesori asli iaitu Urban Style dan Casual Style untuk model terbaru HR-V yang akan ditawarkan kepada pelanggan melalui Honda Access.

Urban Style

vocket-honda-hrv-baru-10
Sumber Gambar: Honda.co.jp
vocket-honda-hrv-baru-12
Sumber Gambar: Honda.co.jp

Pakej pertama yang dikenali sebagai Urban Style ini mempunyai kemasan berwarna krom pada sepanjang bahagian bumper hadapan. Pada bahagian gril hadapan pula, Honda telah menggunakan corak hexagonal-patterned mesh dengan aksen berwarna krom.

Pada bahagian belakang kereta pula ditambah dengan spoiler tailgate, skirt bumper, kemasan berwarna krom dan tip yang dipasang pada ekzos kereta.

Casual Style

vocket-honda-hrv-baru-13
Sumber Gambar: Honda.co.jp
vocket-honda-hrv-baru-14
Sumber Gambar: Honda.co.jp

Manakala pakej kedua pula dikenali sebagai Casual Style yang mempunyai kemasan yang sama seperti pakej pertama tetapi menggunakan warna yang berbeza iaitu coklat tembaga (cooper brown). Warna tersebut turut digunakan pada bahagian penutup cermin sisi kereta dan bumper belakang kereta.

Nampaknya Honda HR-V kali telah ‘level up’ dari segi reka bentuk dan warna yang ditawarkan. Adakah anda merancang untuk memiliki SUV kompak pilihan orang ramai ini setelah ia masuk ke pasaran Malaysia nanti?

Baca lagi artikel-artikel yang menjadi pilihan pembaca The Vocket pada minggu ini melalui pautan di bawah.

Kerap ‘Test Power’ Ekzos, Jiran Tembak Myvi Guna Pistol Angin Buatan Sendiri

Peminat Terkesima Lihat Sharifah Shahirah Selamba Pandu Lotus 311 Bernilai RM640,855 Dengan Baik

Teknologi Tesla Didakwa Mampu ‘Mengesan’ Hantu Semasa Memandu?