Honda Jazz nampaknya bakal mengumumkan model generasi keempat mereka menggantikan model sedia ada pada Pameran Tokyo Motorshow 2019. Menariknya model terbaharu ini bakal disertakan dengan enjin 1.0 liter turbo yang menjanjikan kuasa yang lebih hebat berbanding model sebelum ini.

Untuk makluman, Honda sememangnya mempunyai enjin dengan kapasiti 1.0 liter turbo. Malah, enjin ini telahpun digunakan pada model Civic untuk pasaran Eropah dan China. Meskipun begitu, enjin ini tidak digunapakai pada Honda Jazz bagi pasaran jepun.

Enjin turbo kecil itu mampu menjana kuasa mencecah 129PS dan tork 200Nm dimana ia antara yang berkuasa berbanding enjin yang lain. Model ini dijangka akan jadi varian premium sepertimana 1.5 TCP bagi Civic dan HR-V.

Dari segi rekaan, generasi terbaru ini bakal tampil dengan rekaan yang lebih moden dan bold. Tonton rekaan awal Honda Jazz generasi keempat dibawah. Adakah rekaan terbaru ini mampu menandingi rekaan sedia ada?

Honda-Jazz-2019-gen-4-3

Honda-Jazz-2019-gen-4-2

Sumber